Page 60 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 60

Bahasa Melayu  Tingkatan 4   Sistem dan Aplikasi Bahasa

           Praktis     3

           Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
           dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
                 Maka  Kertala  Sari  pun  hairan,  berfikir  dalam  hatinya, “Adapun  hikmat  ini  bukan  hikmat
            Melayu, hikmat penjurit Jawa yang tahu-rahu juga.”
                 Maka diambil suatu kayu, maka disarungnya. Maka dipalu oleh kayu hikmat Laksamana itu
            gemuruh bunyinya. Maka didengar oleh orang berkawal bunyi kayu itu terlalu gemuruh. Maka
            ia pun hendak pergi mendapatkannya, maka ia teringat akan pesan Laksamana: tiada diberinya
            bergerak, masing-masing pada tempatnya.

                             Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi Jaket Kulit Kijang
                                                     daripada Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia
                                 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
                Kertala  Sari berasa hairan dan berkata-kata dalam hatinya,  “Sesungguhnya ilmu sakti ini

           bukan ilmu sakti orang Melayu, tetapi ilmu sakti penjurit Jawa yang memiliki kepandaian juga.”
                Kertala Sari mengambil suatu kayu lalu disarungnya. Ketika itu, kayu hikmat Laksamana berpalu

           dengan bunyi yang kuat. Orang yang berkawal mendengar bunyi yang terlalu kuat. Mereka hendak

           pergi melihatnya, tetapi mereka teringat akan pesan Laksamana bahawa mereka tidak dibenarkan
           bergerak dan perlu berada di tempat masing-masing.



                                                                                   Info
                  Peribahasa                                                            Koleksi Peribahasa


            Fokus Topik

            1.  Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, pepatah, dan kata-kata hikmat.
            2.  Murid akan diberikan soalan peribahasa sama ada bentuk petikan, dialog, pernyataan, situasi, drama, dan sebagainya.
            3.  Murid tidak perlu menyalin petikan yang diberikan.
            4.  Murid tidak boleh menambahkan perkataan atau menukarkan perkataan yang terdapat dalam peribahasa.
            5.   Arahan soalan merangkumi:
                        Ayat/Maksud/Petikan/Dialog     Peribahasa yang sama maksud  Mengisi tempat kosong
                •  Memberikan maksud peribahasa.       •  Mengenal pasti peribahasa   •  Melengkapkan
                •  Menyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan   dalam petikan, kemudian   perenggan petikan
                  maksud atau ayat yang diberikan.       menyatakan peribahasa lain   dengan mengisi
                •  Menyatakan peribahasa berdasarkan petikan,   yang sama maksud dengan   tempat kosong dengan
                  perenggan, atau dialog yang diberikan.  peribahasa yang terdapat   peribahasa yang sesuai.
                                                         dalam petikan.
                  Kesalahan Lazim
            1.   Peribahasa yang diberikan tidak tepat atau sesuai dengan konteks ayat dalam petikan.
            2.  Murid tidak akur akan arahan soalan dengan menyenaraikan lebih daripada satu peribahasa.
            3.  Jawapan yang ditulis oleh murid mengandungi kesalahan ejaan, kata, dan susunan binaan sesuatu peribahasa.


           © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.              116
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65