Page 12 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 12
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan
Melepak bermaksud menghabiskan masa dengan percuma atau berbual-bual kosong dalam jangka
masa yang panjang tanpa mendatangkan apa-apa faedah. Banyak remaja terlibat dalam aktiviti ini.
Antara punca masalah ini berlaku ialah ibu bapa yang bekerja tidak banyak mempunyai masa Bab 1
bersama-sama anak-anak di rumah. Oleh itu, anak-anak bebas melakukan apa-apa aktiviti yang
disukai oleh mereka tanpa kawalan daripada ibu bapa. Ibu bapa hanya memberikan wang dan
menaruh kepercayaan sepenuhnya terhadap anak-anak.
Selain itu, masalah keluarga turut menjadi punca. Kepincangan dalam institusi kekeluargaan
seperti ibu bapa tidak mempunyai persefahaman, berlaku perceraian, perkahwinan kali kedua bagi
ayah atau ibu, masalah kewangan, dan sebagainya menyebabkan anak-anak keluar dari rumah
untuk mengelakkan diri daripada ketegangan.
Rumah atau persekitaran yang tidak selesa juga menyebabkan remaja suka melepak. Rumah
yang sempit dengan jumlah adik-beradik yang banyak menyebabkan remaja suka menghabiskan
masa di luar rumah. Kadangkala persekitaran di rumah bising dan kotor. Remaja berasa tidak
selesa lalu kerap keluar dari rumah dan melepak di mana-mana.
Ada juga yang melepak kerana terpengaruh oleh rakan sebaya, terutama oleh rakan-rakan
yang mempunyai gaya hidup yang bebas dan enggan memikul apa-apa tanggungjawab. Mereka
melupakan masalah dengan melepak dan mengadakan pertemuan di pusat beli-belah, pusat
hiburan, dan di tepi-tepi tembok.
Aktiviti melepak yang bukan merupakan masalah baharu perlulah ditangani secara berterusan
dan berkesan. Ibu bapa mestilah memikul tanggungjawab ini supaya anak-anak tidak terlibat
dalam gejala yang lebih buruk.
2 Karangan Berdasarkan Gambar Rajah
Rajah di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada faktor yang mempengaruhi kehidupan remaja.
Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kehidupan remaja. Panjangnya
huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEHIDUPAN REMAJA i-THINK Peta Buih
i-THINK
Sekolah Keluarga
REMAJA
Masyarakat Agama
9
01 Focus SPM BM.indd 9 12/6/19 4:38 PM

