Page 43 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 43
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya selaku setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Jasa Sepakat ingin memohon bantuan alatan pertanian
bagi kemudahan penduduk kampung kami mengusahakan tanah dan seterusnya meningkatkan
hasil pertanian di kampung kami.
2. Untuk maklumat pihak tuan, kami dalam proses mengusahakan projek tanaman bersepadu
Bab 1
di kebun kami sebagai menyahut seruan kerajaan agar para petani mempelbagaikan hasil tanaman
mereka. Oleh itu, kami memerlukan beberapa alat penting bagi memudahkan kami mengusahakan
tanah kami untuk tujuan tersebut. Alat-alat yang kami perlukan adalah seperti yang berikut.
2.1 Tiga buah penyembur racun
2.2 Sebuah jentera pembajak
3. Oleh sebab kami tidak mempunyai alat-alat tersebut, sukar bagi kami untuk mengusahakan
tanah secara intensif bagi tujuan komersial. Hal ini menyebabkan beberapa orang penduduk
terpaksa memajakkan tanah mereka dengan bayaran yang murah untuk diusahakan dengan
tanaman kontan seperti pisang dan betik. Namun begitu, ada antara mereka yang tidak menerima
sebarang bayaran daripada pemajak setelah tanah mereka diusahakan, sebaliknya pemajak akan
menjaga pokok kelapa sawit atau getah tuan tanah itu hingga beberapa tahun. Hal ini merugikan
penduduk kerana terpaksa menunggu lama sebelum kebun tersebut mengeluarkan hasil.
4. Biasanya selepas pokok getah tua ditebang, kami akan mengusahakan tanah secara kecil-
kecilan dengan pelbagai tanaman yang biasanya berbentuk sara diri. Kebanyakan daripada kami
tidak mampu mengupah pemilik jentera pembajak kerana bayarannya mahal. Sebahagian daripada
kami pula membiarkan tanah yang baru ditanam semula menjadi semak tanpa tanaman kontan.
Jika ada jentera pembajak, kami dapat membajak dan menggemburkan tanah dengan cepat serta
mengusahakan tanah secara komersial. Oleh itu, kami amat memerlukan sebuah jentera pembajak
bagi tujuan tersebut.
5. Terdapat beberapa orang kampung yang mahir menggunakan jentera pembajak serta
mempunyai pengalaman membajak dan menggemburkan tanah. Oleh itu, pihak kami tidak
mempunyai masalah untuk menguruskan penggunaan jentera tersebut.
6. Mesin penyembur racun pula sangat penting bagi mempercepat kerja pembersihan tanah
dan menyembur racun serangga terhadap tanaman. Penggunaan penyembur racun tanpa jentera
memerlukan tenaga yang banyak, amat lambat, serta sudah kurang sesuai digunakan. Oleh itu,
kami memerlukan mesin penyembur racun bagi tujuan tersebut.
7. Kami juga telah mempunyai tapak untuk menyimpan jentera pembajak dan alat-alat
pertanian sekiranya mendapat sumbangan daripada pihak tuan.
8. Kami berharap agar pihak tuan dapat menghantar para pegawai tuan untuk meninjau
kawasan pertanian yang bakal kami usahakan dan meneliti permasalahan kami akibat tiada alatan
pertanian moden untuk mengusahakan kawasan tersebut.
9. Kami juga amat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami
agar impian kami menjadi kenyataan. Segala jasa baik dan kerjasama daripada pihak tuan kami
dahului dengan ucapan terima kasih.
Yang menjalankan tugas, Fokus
E-mel sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan
Mohamad Nasiruddin masalah pertanian kepada drpokok@dua.org.my
.................................................................
(MOHAMAD NASIRUDDIN DAUD)
Setiausaha,
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung,
Kampung Jasa Sepakat.
40
01 Focus SPM BM.indd 40 12/6/19 4:38 PM

