Page 44 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 44

Bahasa Malaysia
                                                                          Bahasa Melayu  SPM   Bab 1 Karangan

                                                                           8


                Pilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada   Bab     1
                350 patah perkataan.

                  1.  Kes-kes salah laku di sekolah-sekolah mutakhir ini lebih mirip kepada ala gengsterisme. Anda
                     berpendapat bahawa pihak sekolah harus menjalankan kajian yang serius untuk mencari punca-punca
                     gejala ini agar dapat diatasi dan tidak menular dalam kalangan murid. Sebagai murid yang prihatin,
                     anda ingin memberikan pendapat tentang punca-punca gejala ini kepada pengetua sekolah supaya
                     tindakan sewajarnya dapat diambil.

                      Tulis surat itu selengkapnya.
                  2.  Gangguan bekalan air kerap kali berlaku di tempat anda. Gangguan ini telah menyukarkan anda
                     sekeluarga serta penduduk setempat melakukan aktiviti harian. Tulis sepucuk surat kepada pihak yang
                     berkenaan untuk mengadukan masalah tersebut.
                      Tulis surat itu selengkapnya.

                  3.  Majlis perbandaran bercadang hendak memindahkan tapak pasar malam ke tempat lain. Keadaan
                     ini menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan penjaja di situ. Anda sebagai setiausaha
                     Persatuan Penjaja Pasar Malam dikehendaki menulis sepucuk surat kepada pihak majlis perbandaran
                     untuk membantah tindakan tersebut.
                      Tulis surat itu selengkapnya dengan menyatakan sebab-sebab bantahan.

                  4.  Baru-baru ini pemilik premis perniagaan telah menaikkan kadar sewa kedai di premis berkenaan.
                     Beberapa penyewa di situ termasuk anda tidak berpuas hati terhadap tindakan tersebut. Anda mewakili
                     penyewa di situ ingin menulis surat bagi membantah tindakan itu.
                      Tulis surat itu selengkapnya.

                  5.  Masalah pencerobohan tanah kerajaan oleh pendatang asing tanpa izin sering berlaku di kawasan
                     kediaman anda. Selaku setiausaha jawatankuasa penduduk, anda diminta untuk menulis surat kepada
                     pihak yang berkenaan bagi mengadukan perkara itu.

                      Tulis surat itu selengkapnya.


                  Karangan                   Surat Kiriman Tidak Rasmi



                  1.  Surat kiriman tidak rasmi lazimnya dikirim kepada keluarga, saudara-mara, atau sahabat handai.
                  2.  Surat kiriman tidak rasmi bersifat peribadi. Antara tujuan surat ini ditulis adalah untuk bertanyakan
                     khabar, menyampaikan ucapan tahniah, takziah, atau terima kasih, menceritakan sesuatu perkara, atau
                     sebagainya.
                  3.  Bahasa yang baku, lembut, dan bersopan hendaklah digunakan ketika menulis surat ini. Gunakan
                     kata ganti nama yang sesuai untuk menggantikan panggilan penerima seperti saudara, saudari, bonda,
                     kanda, nenda, dan sebagainya.
                  4.  Walau bagaimanapun, anda digalakkan untuk memasukkan peribahasa atau ungkapan yang sesuai
                     bagi menjadikan karangan anda lebih menarik.


                                                                                                      41






         01 Focus SPM BM.indd   41                                                                      12/6/19   4:38 PM
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49