Page 47 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 47

Bahasa Malaysia
                   Bahasa Melayu  SPM   Bab 1 Karangan


                Adinda,
                     Setiap  orang  menghadapi  masalah  dalam  hidup  mereka.  Masalah  adinda  ini  sebenarnya
                kecil sahaja. Orang yang berani menghadapi masalah itulah orang yang berjaya. Satu perkara yang
                perlu adinda jadikan ingatan ialah harapan ayahanda dan bonda yang ingin melihat adinda berjaya
         Bab     1
                menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya berjaya dalam hidup. Adindalah satu-satunya
                harapan keluarga kita yang mempunyai potensi untuk merealisasikan harapan tersebut.
                     Nasihat kakanda yang terakhir sebelum kakanda menutup bicara ini ialah janganlah adinda
                lupa akan Tuhan. Rajin-rajinlah bersembahyang dan berdoa agar adinda sentiasa diberikan
                petunjuk, ketenangan, dan hati yang tabah. Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada kakanda
                dan keluarga untuk adinda.

                  Sekian, terima kasih.
                                                                                       Kakandamu,
                                                                                  Khairul Anwar Jasman





                                                                        9


              Pilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada
              350 patah perkataan.
                1.  Anda telah menonton suatu rancangan wawancara yang disiarkan melalui televisyen. Tokoh yang
                   diundang  merupakan tokoh sasterawan. Beliau telah menyentuh perkara yang  berkaitan  dengan
                   faedah-faedah mempelajari Komponen Sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Anda ingin
                   memberitahu rakan anda di luar negara tentang perkara tersebut.
                   Tulis sepucuk surat kepada rakan anda itu.
                2.  Rakan anda yang berada di luar negara ingin mengetahui keadaan krisis ekonomi atau kegawatan
                   ekonomi yang melanda negara anda. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda itu untuk menjelaskan
                   kedudukan sebenar krisis tersebut serta langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan.
                   Tulis surat itu selengkapnya.
                3.  Anda sedang menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi tempatan. Anda berhasrat hendak memiliki
                   sebuah komputer bagi kegunaan pembelajaran. Tulis sepucuk surat kepada keluarga anda untuk
                   memohon jasa baik mereka membelikan sebuah komputer. Dalam surat tersebut, nyatakan juga sebab-
                   sebab anda memerlukan sebuah komputer.
                   Tulis surat itu selengkapnya.
                4.  Sahabat pena anda di luar negara telah mendapat tahu tentang usaha gigih Malaysia untuk menarik
                   lebih banyak pelancong ke negara ini. Dia ingin mengetahui produk pelancongan yang disediakan
                   oleh Malaysia dengan lebih lanjut.
                   Jawab surat sahabat anda itu selengkapnya.

                5.  Sahabat anda sering mengeluh kerana banyak masa yang dihabiskan untuk mengulang kaji pelajaran,
                   tetapi prestasinya masih kurang memuaskan. Dia ingin meminta nasihat daripada anda sekali gus
                   ingin berkongsi rahsia dan petua kejayaan anda.
                   Jawab surat sahabat anda itu selengkapnya.

                 44






         01 Focus SPM BM.indd   44                                                                      12/6/19   4:38 PM
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52