Page 46 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 46

Bahasa Malaysia
                                                                          Bahasa Melayu  SPM   Bab 1 Karangan

                                               Karangan Cemerlang


                Adik anda baru mendaftar masuk ke sekolah berasrama. Dia telah menulis surat kepada anda dan   Bab     1
                menyatakan masalahnya yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru dialaminya.
                Balas surat adik anda itu yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

                                                                                      35, Jalan Tanjung,
                                                                                      Felda Sri Cahaya,
                                                                                      85200 Jementah,
                                                                                      Segamat,
                                                                                      Johor Darul Takzim.

                                                                                      25 Februari 20XX.

                  Menemui adinda Mazuin yang dikasihi. Semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat wal afiat dan
                  sejahtera selalu.


                  Adinda,
                         Surat yang adinda kirim telah selamat kakanda terima dua hari yang lalu. Terima kasih
                  kerana adinda sudi meluangkan masa untuk menulis surat kepada kakanda walaupun sibuk dengan
                  pelajaran  dan  aktiviti  kokurikulum.  Apabila  adinda  menyatakan  bahawa  adinda  menghadapi
                  masalah untuk menyesuaikan diri di asrama tempat adinda belajar, kakanda berasa sangat risau.
                  Kakanda segera meluangkan masa menulis surat ini kepada adinda. Semoga surat kakanda ini akan
                  dapat melapangkan hati adinda dan kata-kata yang kakanda tuliskan ini dapat menjadi perangsang
                  kepada adinda untuk meneruskan pelajaran dengan hati yang tenang.
                         Apabila adinda tinggal di tempat dan mengalami suasana yang baru, memang sukar untuk
                  menyesuaikan diri. Apatah lagi kini adinda tinggal berjauhan daripada keluarga. Tambahan pula,
                  sebelum ini banyak perkara dalam kehidupan adinda di rumah diuruskan oleh bonda. Kehidupan
                  di asrama memang memerlukan jadual yang ketat. Asrama sememangnya dibina khas untuk
                  murid-murid agar mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran. Adinda
                  perlulah bersabar. Kakanda yakin bahawa lama-kelamaan adinda akan dapat menyesuaikan diri
                  dengan suasana di situ.

                  Adinda,
                         Masalah yang adinda alami ini sebenarnya sering berlaku kepada sebilangan murid yang
                  tinggal di asrama. Ada antara mereka yang pulang ke sekolah asal masing-masing. Janganlah
                  sekali-kali adinda mengambil tindakan yang kurang bijak seperti itu dan belajar di sekolah yang
                  berhampiran dengan kampung kita. Adinda perlu ingat bahawa belajar di sekolah berasrama dapat
                  membantu  adinda  belajar dengan lebih  baik  dan  seterusnya  memperoleh  kecemerlangan.  Kini,
                  selepas adinda mendapat peluang ini, janganlah adinda mensia-siakannya. Kesempatan ini tidak
                  akan datang dua kali dalam hidup adinda. Banyak murid yang ingin belajar di sekolah berasrama
                  tetapi mereka tidak berpeluang.

                         Di asrama, adinda berkesempatan untuk belajar dan bergaul dengan rakan-rakan yang datang
                  dari pelbagai negeri. Adinda mungkin belum mengenali mereka dengan lebih rapat. Kakanda yakin
                  bahawa adinda akan mengalami kehidupan yang lebih seronok apabila telah berkawan dengan
                  mereka kelak.



                                                                                                      43






         01 Focus SPM BM.indd   43                                                                      12/6/19   4:38 PM
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51