Page 50 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 50

Bahasa Malaysia
                                                                          Bahasa Melayu  SPM   Bab 1 Karangan


                  TPP Ramli:     Berbagai-bagai cara telah dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mengurangkan kejadian
                                 kemalangan. Strategi yang digunakan adalah melalui sistem  perundangan  dengan
                                 memperkemas peraturan dan undang-undang jalan raya, iaitu dengan meminda     Bab     1
                                 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 bagi menggantikan Road Traffic Ordinance
                                 Act supaya menjadi lebih lengkap.
                  Azman:         Apakah tujuan saman dikeluarkan? Apakah sekadar untuk menakutkan pengguna?
                  TPP Ramli:     Sebenarnya pihak polis tidak boleh mengeluarkan saman sesuka hati. Saman
                                 dikeluarkan  untuk mendidik  orang  ramai supaya menjadi  pemandu yang
                                 menghormati peraturan serta dapat bertindak secara rasional apabila berada di
                                 jalan raya.
                  Azman:         Sikap cuai dan tidak bertimbang rasa sering dikaitkan dengan kemalangan jalan
                                 raya. Bagaimanakah cara untuk mengatasi sikap cuai pemandu ini?
                  TPP Ramli:     Pihak  kami  memberikan  pendidikan  dan  kefahaman  untuk  menyedarkan
                                 pengguna  jalan  raya supaya  sentiasa bersopan  ketika memandu.  Antaranya
                                 termasuklah kami telah mengadakan pameran, kempen, seminar, forum, dan
                                 mengedarkan risalah kepada pengguna jalan raya. Di samping itu, perangkap had
                                 laju telah dipasang di beberapa tempat di sepanjang lebuh raya seluruh negara.
                  Azman:         Apakah tindakan lain yang akan diambil untuk mengatasi kemalangan jalan raya?
                  TPP Ramli:     Pihak kerajaan juga telah mengambil langkah dengan membaiki jalan yang rosak
                                 dan berlubang, memasang papan tanda amaran yang lebih banyak, dan lain-lain.
                  Azman:         Terima kasih saya ucapkan sekali lagi atas kerjasama tuan menjelaskan semua
                                 perkara ini.
                  TPP Ramli:     Sama-sama.
                         Demikianlah wawancara saya dengan TPP Ramli Ismail tentang punca-punca kemalangan
                  jalan raya dan cara-cara untuk mengatasinya. Semoga dengan penjelasan ini dapat memberikan
                  kesedaran kepada semua pengguna jalan raya.


                                                                                                Keselamatan
                                                                                                Jalan Raya
                                                                                          INFO
                                                                         10


                Pilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada
                350 patah perkataan.
                  1.  Sebagai pengarang sebuah majalah, anda telah ditugaskan untuk mewawancara pegawai mergastua di
                     tempat anda tentang punca-punca yang menyebabkan spesies haiwan semakin pupus. Di samping itu,
                     anda juga ingin mengetahui usaha-usaha yang dilakukan bagi melindungi haiwan yang semakin pupus
                     itu.
                      Sediakan wawancara itu selengkapnya.
                  2.  Kenaikan harga barang-barang telah membebankan para pengguna, terutama golongan yang
                     berpendapatan rendah. Sebagai pemberita, anda ditugaskan untuk mewawancara seorang pengguna
                     berhubung dengan isu kenaikan harga barangan dan masalah yang dihadapinya.
                      Tulis wawancara itu selengkapnya.


                                                                                                      47






         01 Focus SPM BM.indd   47                                                                      12/6/19   4:38 PM
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55