Page 49 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 49
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan
Karangan Cemerlang
Sejak akhir-akhir ini, kadar kemalangan jalan raya kian meningkat. Sebagai pemberita, anda telah
ditugaskan untuk mewawancara seorang pegawai polis bagi mendapatkan maklumat tentang punca-
punca kemalangan jalan raya dan langkah-langkah untuk mengatasinya. Panjang wawancara anda
Bab 1
hendaklah lebih daripada 350 patah perkataan.
Baru-baru ini, saya, Azman Othman, pemberita akhbar Semenanjung berkesempatan untuk
mewawancara Timbalan Penguasa Polis (TPP) Cawangan Trafik, iaitu Tuan Ramli Ismail pada
petang Sabtu lalu di pejabatnya. Dalam temu bual itu, TPP Ramli telah menjelaskan punca-punca
kemalangan jalan raya dan langkah untuk mengatasinya. Yang berikut ialah wawancara tersebut
sepenuhnya.
Azman: Selamat sejahtera, Tuan Ramli.
TPP Ramli: Selamat sejahtera.
Azman: Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana tuan sudi diwawancara.
TPP Ramli: Saya sedia memberikan maklumat yang berkaitan mengikut pengetahuan saya.
Azman: Sebagai pegawai yang berpengalaman, bolehkah tuan terangkan kadar kemalangan
jalan raya di negara kita yang semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini?
TPP Ramli: Berdasarkan kajian polis, didapati bahawa kadar kemalangan jalan raya di
Malaysia berada di tahap tinggi dan membimbangkan. Pada Januari hingga Mac
tahun 20XX sahaja, sebanyak 87 668 kes telah dilaporkan berlaku.
Azman: Pada pendapat tuan, apakah punca utama kemalangan jalan raya di Malaysia?
TPP Ramli: Banyak sebab berlakunya kemalangan jalan raya. Sebab utama berlakunya kemalangan
berpunca daripada pemandu itu sendiri. Pihak kami mendapati bahawa ada pemandu
yang cuai ketika memandu tanpa mempedulikan pengguna jalan raya yang lain.
Ada juga pemandu yang memandu dalam keadaan berbahaya tanpa menghiraukan
peraturan jalan raya.
Azman: Selain sebab-sebab yang dinyatakan, apakah sebab-sebab lain berlakunya kemalangan
jalan raya?
TPP Ramli: Antara sebab lain berlakunya kemalangan jalan raya ialah pemandu yang mabuk.
Mereka menyebabkan kenderaan yang dipandu terbabas atau tidak dapat dikawal.
Terdapat juga pemandu yang membawa penumpang atau muatan yang berlebihan.
Kemalangan mudah berlaku sekiranya kenderaan itu dipandu dalam keadaan
yang laju.
Azman: Benarkah dakwaan sesetengah pihak bahawa persekitaran turut mempengaruhi
berlakunya kemalangan jalan raya?
TPP Ramli: Sebenarnya tidak dinafikan ada faktor lain yang menyebabkan kemalangan. Hal
ini termasuklah faktor mekanikal dan alam sekeliling seperti keadaan jalan raya
dan aspek luaran. Jalan raya yang licin sewaktu hujan dan pertambahan bilangan
kenderaan dapat meningkatkan kemalangan jalan raya.
Azman: Seperti yang diketahui, kemalangan jalan raya bukan sahaja memusnahkan
harta benda, bahkan juga meragut nyawa. Pelbagai langkah telah diambil untuk
mengatasinya. Bolehkah tuan jelaskan langkah-langkah yang telah diambil oleh
pihak polis untuk mengatasinya?
46
01 Focus SPM BM.indd 46 12/6/19 4:38 PM

