Page 51 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 51

Bahasa Malaysia
                   Bahasa Melayu  SPM   Bab 1 Karangan
                3.  Sebagai pengarang sebuah majalah wanita, anda ditugaskan untuk mewawancara ketua jururawat di
                   sebuah klinik kesihatan bersempena dengan Kempen Penyusuan Susu Ibu.
                   Sediakan wawancara itu selengkapnya.


                4.  Sebagai editor kanan sebuah majalah tempatan, anda ditugaskan untuk mewawancara seorang
         Bab     1
                   pegawai perubatan tentang amalan gaya hidup sihat. Anda ingin mengetahui kepentingan dan tatacara
                   mengamalkan gaya hidup sihat dengan lebih lanjut.
                   Sediakan wawancara itu selengkapnya.

                5.  Baru-baru ini, para  petani  di  kawasan anda  menghadapi masalah tanaman  diancam  oleh makhluk
                   perosak dan penyakit. Anda sebagai pemberita ditugaskan untuk mewawancara salah seorang petani
                   berhubung dengan perkara itu.
                   Tulis wawancara itu selengkapnya.




                Karangan                             Perbahasan


                1.  Terdapat dua bentuk soalan perbahasan:
                   (a)  Soalan perbahasan tidak berbentuk pertandingan.
                   (b)  Soalan perbahasan berbentuk pertandingan.
                2.  Perbahasan tidak berbentuk pertandingan biasanya menggunakan rangkai kata “Bahaskan pernyataan”.
                   Anda boleh:
                   (a)  menyokong pernyataan itu; atau
                   (b)  membangkang pernyataan itu; atau
                   (c)  menyokong dan membangkang pernyataan itu.
                3.  Sekiranya soalan perbahasan berbentuk pertandingan, teliti sama ada soalan menyebut anda sebagai
                   pencadang atau pembangkang.
                4.  Sekiranya anda peserta pertama:
                   (a)  tulis definisi tajuk; dan
                   (b)  huraikan hujah-hujah berserta bukti.
                5.  Sekiranya anda peserta kedua atau ketiga:
                   (a)  huraikan hujah-hujah berserta bukti; dan
                   (b)  buat bidasan kepada pihak lawan.

                6.  Sekiranya anda penggulung:
                   (a)  huraikan isi-isi penting sekurang-kurangnya sembilan isi secara ringkas; dan
                   (b)  buat bidasan kepada pihak lawan.
                7.  Penulisan perbahasan merupakan karangan berformat, iaitu:
                     dimulai dengan kata alu-aluan kepada tetamu mengikut tingkat kedudukan pangkat (termasuk
                       hakim bagi pertandingan perbahasan).
                     menyertakan kata-kata penghadapan seperti  Hadirin sekalian,  Tuan-tuan  dan puan-puan, dan
                       sebagainya selepas kata alu-aluan dan di antara perenggan.
                     isi-isi mengikut keutamaan dengan menyertakan huraian dan contoh yang bersesuaian.
                     diakhiri kesimpulan dan penegasan ucapan terima kasih kepada hadirin.


                 48






         01 Focus SPM BM.indd   48                                                                      12/6/19   4:38 PM
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56