Page 73 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 73
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan
Selepas itu, kami mengunjungi gerai unit perpustakaan desa. Berdasarkan maklumat yang
disampaikan oleh pegawai yang memberikan penerangan di kaunter, sebuah perpustakaan desa
bakal didirikan di taman perumahan yang akan dibina di tapak pameran ini. Dengan pembukaan
perpustakaan tersebut, tentunya akan membuka peluang kepada lebih ramai rakyat membaca buku.
Bab 1
Hal ini akan turut memberikan tempat bagi golongan muda menghabiskan masa lapang mereka
dengan membaca. Cara ini juga akan menghalang remaja daripada membuang masa dengan sia-sia
seperti melepak.
Gerai yang terakhir kami kunjungi ialah gerai menjual buku cerita, novel, dan komik serta
majalah hiburan. Gerai inilah yang menerima kunjungan pelawat yang paling ramai, khususnya
para remaja yang amat berminat untuk membaca novel. Tambahan pula, gerai tersebut membuat
promosi buku-buku baharu dan menawarkan potongan harga yang menarik. Gerai buku-buku
rujukan juga dikunjungi oleh ramai orang, terutama murid sekolah yang datang bersama-sama ibu
bapa dan rakan mereka khusus untuk membeli bahan rujukan.
Setelah membeli beberapa buah buku, saya dan rakan-rakan pun pulang memandangkan
hari sudah petang. Saya berharap akan dapat pergi ke pameran buku seperti itu lagi pada masa
akan datang.
18
Pilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada
350 patah perkataan.
1. Pertandingan memancing ikan kini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta di
seluruh negara. Anda berpeluang untuk menyaksikan pertandingan tersebut di daerah anda.
Tulis pengalaman anda ketika menyaksikan pertandingan memancing ikan tersebut.
2. Anda dan rakan dalam perjalanan ke sekolah menaiki bas. Tiba-tiba bas yang anda naiki berhenti
secara mengejut. Para penumpang menjadi kelam-kabut dan terdapat beberapa orang penumpang
tercedera.
Gambarkan suasana dan pengalaman anda ketika itu.
3. Anda telah menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia.
Gambarkan suasana dan keadaan ketika itu.
4. Buat kali pertama, kampung anda didatangi oleh sekumpulan mahasiswa dari sebuah universiti
tempatan bersempena dengan Program Menabur Bakti. Keluarga anda dan sebahagian penduduk
kampung terpilih untuk mengambil mahasiswa universiti itu sebagai anak angkat.
Nyatakan perasaan anda dan gambarkan suasana sepanjang program tersebut berlangsung.
5. Pada cuti pertengahan tahun yang lalu, anda bersama-sama rakan-rakan telah menyertai program
ekspedisi ke sebuah pulau anjuran sebuah kelab di sekolah anda.
Ceritakan pengalaman yang anda peroleh daripada program tersebut.
70
01 Focus SPM BM.indd 70 12/6/19 4:38 PM

