Page 26 - Ranger SPM 2022 - Sains
P. 26

Sains SPM  Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan
               Label  makanan
               Label makanan adalah reka bentuk grafik pada bahan pembungkusan yang memberikan
               penerangan terperinci  mengenai pengeluar,  nama produk, penggunaan dan keterangan
               produk  dalam bentuk  bertulis.


                                                                             Ramuan (Disusun
                Nama produk                Nama     Nilai nutrisi            mengikut berat dalam
                                                    produk
                                           pengeluar                         susunan menurun)
                Keterangan                                                   Arahan pembukaan
                produk
                Akuan                               Penandaan  Guna sebelum:  Mengandungi bahan  Pernyataan aditif
                                                    tarikh
                                                                             makanan
                                                                      pengawet yang
                pemakanan                                      9 Mac 2023  dibenarkan
                                                    Nama dan                 Arahan penyimpanan
                Kuantiti /                 Harga    alamat                   Kod bar
                Isi padu / Berat                    pengeluar
                                         Rajah 2.24 Contoh label makanan
               Pihak  Berkuasa  Kawalan  Dadah  (PBKD)
                1.  Semua produk farmaseutikal termasuk suplemen  kesihatan dan ubat tradisional
                    mesti didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Malaysia sebelum
                    dipasarkan di Malaysia.  Penilaian kualiti, keselamatan  dan keberkesanan produk
                    dilakukan untuk memastikan produk yang didaftarkan dengan PBKD selamat diambil
                    oleh orang ramai.
                2.  Produk yang  didaftarkan  dengan PBKD  mempunyai  dua  ciri utama  iaitu nombor
                    pendaftaran  dan  pelekat  hologram.  Nombor  pendaftaran  bermula  dengan  ‘MAL’,
         Tingkatan 5
                    diikuti  oleh lapan nombor,  dan  diakhiri  dengan  huruf  T, A, X atau N.
                                                           MAL 12095678 A, X, T atau N
                                                     Ubat racun berjadual
                                                  A  Hanya boleh diperoleh melalui doktor dan ahli farmasi
                                                     Contoh: Ubat antibiotik, ubat darah tinggi
                                                     Ubat bukan racun / Ubat am (OTC)
                   Omega                          X  Contoh: Ubat demam (Paracetamol, Aspirin)
                   Complex
                   200 mg
                                 Pelekat hologram    Ubat tradisional
                                                  T
                          Nombor pendaftaran MAL     Contoh: Jamu, minyak urut, minyak gamat
                                                  N  Ubat suplemen kesihatan
                                                     Contoh: Minyak ikan kod, multivitamin
                 Rajah 2.25 Contoh produk berdaftar     Rajah 2.26 Nombor Pendaftaran MAL

               Sijil Halal  Malaysia
                1.  Sijil  Halal  Malaysia  adalah  dokumen rasmi yang  menyatakan  status  halal  sesuatu
                    produk atau perkhidmatan mengikut standard Halal Malaysia yang dikeluarkan oleh
                    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
                2.  Untuk tujuan  pensijilan halal, JAKIM bertanggungjawab
                    memastikan status halal produk pada setiap peringkat dan setiap
                    proses  yang  terlibat dengan  melakukan  pemeriksaan  rasmi  ke
                    tapak  untuk  memeriksa  bagaimana  status  halal  bahan  mentah
                    dikekalkan dan dipantau  setiap masa.                       Rajah 2.27 Logo
                                                                                 Halal Malaysia
                                                    222





         T5 Bab 2.indd   222                                                                  6/30/21   5:53 PM
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30