Page 21 - Ranger SPM 2022 - Sains
P. 21
Sains SPM Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan
2.5 Teknologi Pemprosesan Makanan
Pemprosesan makanan adalah penggunaan kaedah dan teknik yang sesuai untuk mengubah
bahan makanan mentah kepada bentuk lain yang tahan lebih lama, lebih enak, menarik
dan mudah dicernakan.
Memanjangkan
tempoh
simpanan
Memastikan makanan Mengelakkan
bekalan
makanan yang pembaziran
makanan
mencukupi
Keperluan
pemprosesan
Memudahkan makanan
penyimpanan dan Mengelakkan Tingkatan 5
kerosakan
pengangkutan makanan
makanan
Meningkatkan Mempelbagaikan
nilai komersial penggunaan
makanan makanan
Rajah 2.21 Keperluan pemprosesan makanan
Memasak
Kaedah: Makanan disediakan dengan memanaskan makanan pada
suhu tinggi.
Kesan: Mikroorganisma dalam makanan mati tetapi nutrien dalam
makanan mungkin musnah.
Contoh makanan: Nasi, ayam goreng, rendang daging, sup sayur
dan kek.
Penapaian
Kaedah: Mikroorganisma seperti yis dan bakteria berfaedah mengubah
karbohidrat seperti kanji dan gula menjadi alkohol atau asid.
Kesan: Kepekatan alkohol yang tinggi atau pH yang rendah dapat
menghentikan aktiviti mikroorganisma.
Contoh makanan: Tapai, tempe, bir, kicap, cuka dan yogurt.
217
T5 Bab 2.indd 217 6/30/21 5:53 PM

