Page 22 - Ranger SPM 2022 - Sains
P. 22

Sains SPM  Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan
                 Pendehidratan / Pengeringan
                 Kaedah:  Air dikeluarkan dari makanan melalui pendehidratan atau
                        disejat dengan pengeringan di bawah sinaran matahari atau
                        di dalam ketuhar.
                 Kesan:  Kehilangan air dalam makanan dapat mencegah pertumbuhan
                       mikroorganisma.  Sinar  ultra  ungu  dari  matahari  dapat
                       membunuh mikroorganisma.
                 Contoh makanan:  Ikan  kering,  daging  kering,  buah  kering,  sayur
                                kering, susu tepung dan tepung gandum.


                 Pempasteuran
                 Kaedah:  Susu  atau  jus  buah  dipanaskan  pada  suhu  72°C  dalam
                        15 saat atau 63°C dalam 20 minit, diikuti dengan penyejukan
                        cepat di bawah 10°C.
                 Kesan:  Nutrien dan rasa semula jadi dalam makanan dapat dijaga
                       tetapi makanan mempunyai jangka hayat yang pendek.
                 Contoh makanan: Susu, jus buah-buahan, sup.



                 Pengetinan
                 Kaedah:  Makanan disterilkan pada suhu tinggi melebihi 115°C di bawah
                        tekanan tinggi dan kemudian ditutup dalam tin atau botol.
                 Kesan:  Suhu tinggi membunuh kedua-dua mikroorganisma dan spora.
         Tingkatan 5
                       Tanpa  udara  di  dalam  tin,  pertumbuhan  mikroorganisma
                       terencat.
                 Contoh makanan: Daging, sayur-sayuran, ikan, buah-buahan dan susu.


                 Penyejukbekuan
                 Kaedah:  Makanan  disimpan  di  dalam  peti  sejuk  di  mana  suhunya
                        lebih rendah daripada 0°C.
                 Kesan:  Pembiakan mikroorganisma terencat dan enzim tidak aktif.
                       Nutrien, rasa dan tekstur makanan dapat dijaga.
                 Contoh makanan: Daging, ikan dan buah-buahan.




                 Penyinaran
                 Kaedah:  Makanan  terdedah  kepada  sinaran  mengion  untuk
                        memusnahkan mikroorganisma yang mungkin terdapat dalam
                        makanan.
                 Kesan:  Penyinaran mencegah pembiakan mikroorganisma, membantu
                       melambatkan percambahan biji benih dan pembentukan tunas,
                       melambatkan kematangan buah dan mengurangkan kerosakan
                       semasa pengangkutan.
                 Contoh makanan: Sayuran, bijirin dan buah-buahan.




                                                    218





         T5 Bab 2.indd   218                                                                  6/30/21   5:53 PM
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27