Page 18 - Pra U STPM 2021 Penggal 1 - Ekonomi
P. 18

Ekonomi Penggal 1  STPM  Bab 1 Pengenalan
                 (d)  Ekonomi boleh memilih pelbagai kemungkinan pengeluaran
                     pada keluk kemungkinan pengeluaran dengan bergantung kepada                            BAB
                     cita rasa masyarakat. Pilihan masyarakat dapat menentukan corak
                     peruntukan sumber.                                                                    1

               6  Kos lepas
                 (a)  Masalah pilihan akan mewujudkan kos lepas. Kos lepas ditunjukkan
                     oleh  kecerunan keluk kemungkinan pengeluaran. Kos lepas
                     ialah sejumlah barang yang terpaksa dilepaskan akibat daripada   Apakah yang ditunjukkan oleh
                                                                                 kecerunan keluk kemungkinan
                     tambahan satu unit barang lain.                             pengeluaran?
                 (b)  Berdasarkan Rajah 1.1, untuk mengeluarkan 1 unit barang X,
                     ekonomi terpaksa mengurangkan 1 unit barang Y (kombinasi A
                     ke B). Untuk mengeluarkan 2 unit barang X, ekonomi terpaksa
                     mengurangkan 2 unit barang Y (kombinasi B ke C). Untuk
                     mengeluarkan 3 unit barang X, ekonomi terpaksa mengurangkan
                     4 unit barang Y. Begitulah seterusnya bagi kombinasi D, E, F, dan
                     G, untuk meningkatkan pengeluaran setiap unit barang X, semakin
                     banyak barang Y terpaksa dikurangkan, iaitu kos lepas semakin
                     meningkat.

             Keluk Kemungkinan Pengeluaran dan Kos Lepas                           Hasil Pembelajaran

               1  Kos lepas merupakan jumlah sesuatu barang yang dilepaskan untuk   Menghitung kos lepas,
                 mendapat atau untuk mengeluarkan satu unit barang lain. Kos lepas   membina jadual, dan
                 boleh berlaku sebelah pengguna dan juga sebelah pengeluar.       melukis keluk kemungkinan
               2  Contoh kos lepas sebelah pengguna ialah apabila seseorang pengguna   pengeluaran bagi kos
                                                                                  lepas malar dan kos lepas
                 mempunyai wang RM20.00, dia mempunyai dua pilihan barang yang    meningkat.
                 hendak dibeli iaitu sama buku yang berharga RM20.00 atau baju yang
                 berharga RM20.00. Jika pengguna tersebut memilih untuk membeli          ‘12
                 buku, maka kos lepasnya ialah baju.
               3  Manakala contoh kos lepas sebelah pengeluar ialah apabila seorang
                 pengeluar mempunyai sebuah rumah kedai. Dia mempunyai dua
                 pilihan sama ada hendak membuka kedai runcit atau membuka
                 restoran. Jika dia memilih untuk membuka kedai runcit, maka kos
                 lepasnya ialah restoran.
               4  Kos lepas terbahagi kepada dua, iaitu kos lepas malar dan kos lepas
                 meningkat.                                                      Kos lepas =   ∆Y
               5  Kos lepas malar                                                         ∆X
                 (a)  Kos  lepas  malar  bermaksud  jumlah barang yang dilepaskan   dengan ∆Y =
                     adalah sama pada setiap tingkat pengeluaran untuk menambahkan   Pengurangan jumlah barang Y
                                                                                 yang dikeluarkan
                     seunit barang lain.
                 (b)  Kos lepas malar akan membentuk keluk kemungkinan pengeluaran   ∆X = Penambahan jumlah
                                                                                 barang X yang dikeluarkan
                     yang bergaris lurus.
                 (c)  Jadual 1.3 menunjukkan kemungkinan pengeluaran yang terbentuk
                     daripada kos lepas malar.







                                                                                                     15





     01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd   15                                                         3/27/18   4:31 PM
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23