Page 15 - Pra U STPM 2021 Penggal 1 - Ekonomi
P. 15

Ekonomi Penggal 1  STPM  Bab 1 Pengenalan
                                           (b)  Pengeluar haruslah dapat memastikan golongan manakah yang
        BAB                                    akan menjadi golongan sasarannya. Lazimnya mereka mempunyai
       1                                       kuasa beli dan  kemampuan membayar yang tinggi akan menikmati
                                               sejumlah barangan yang lebih banyak manakala golongan yang
                                               berpendapatan rendah dan kurang mampu hanya menikmati
                                               sedikit barangan.
                                           (c)  Walaupun masalah asas ekonomi ini merupakan masalah asas
                                               ekonomi yang terakhir, namun masalah ini sangat penting kepada
                                               sesebuah firma kerana masalah ini berkaitan dengan pemasaran.
                                               Sekiranya semua masalah asas ekonomi yang lain telah dapat
                                               diatasi, tetapi jika barangan yang dikeluarkan tidak dapat dijual
                                               atau dipasarkan kepada sasarannya, maka pengeluaran itu tidak
                                               akan menjamin keuntungan kepada pengeluar.


               ’10 / ’11 / ’12 / ’13          1.5  Keluk Kemungkinan
                  / ’17 / ’18
                                                    Pengeluaran

            Hasil Pembelajaran         Takrif dan Andaian

            Mentakrifkan keluk           1  Keluk kemungkinan pengeluaran merupakan satu keluk yang
            kemungkinan pengeluaran        menunjukkan  had maksimum kombinasi  dua barang yang boleh
            dalam konteks kapasiti         dikeluarkan oleh sesebuah ekonomi semasa guna tenaga penuh pada
            pengeluaran sebuah
            ekonomi.                       tingkat teknologi tertentu.
                                         2  Untuk tujuan analisis, beberapa andaian harus dibuat. Antaranya ialah:
                                           (a)  Ekonomi hanya mengeluarkan  dua barang sahaja.  Contohnya,
                                               barang X dan barang Y.
                                           (b)  Faktor-faktor pengeluaran yang digunakan adalah tetap dan tidak
           Apakah andaian yang perlu
           dibuat dalam analisis keluk         boleh bertambah.
           kemungkinan pengeluaran?        (c)  Proses pengeluaran berlaku dalam jangka masa pendek.
                                           (d)  Tingkat teknologi adalah tetap dan tidak berkembang.
                                           (e)  Ekonomi berada dalam keadaan guna tenaga penuh, iaitu semua
                                               sumber yang ada telah digunakan sepenuhnya. Ini bererti sebarang
                                               tambahan keluaran tidak boleh dilakukan kecuali pengeluaran satu
                                               barang lain dikurangkan.
                                       Keluk Kemungkinan Pengeluaran dan Masalah Kekurangan,
            Hasil Pembelajaran
                                       Pilihan, Kos Lepas
            Menggunakan keluk
            kemungkinan pengeluaran      1  Berdasarkan andaian-andaian di atas, ekonomi membuat beberapa pilihan
            untuk menghuraikan masalah     antara barang X dan barang Y seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.2.
            kekurangan, pilihan, dan
            kos lepas.                   2  Jadual 1.2 menunjukkan terdapat tujuh gabungan faktor pengeluaran
                                           untuk mengeluarkan barang X dan barang Y.
                                                       Jadual 1.2 Jadual kemungkinan pengeluaran
                      ‘10 / ‘12              Kombinasi          Barang X (unit)      Barang Y (unit)
                                                 A                    0                   35
                                                 B                    1                   34
                                                 C                    2                   32
                                                 D                    3                   28
                                                 E                    4                   23
                                                 F                    5                   13
                                                 G                    6                    0


           12





     01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd   12                                                         3/27/18   4:31 PM
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20