Page 19 - Pra U STPM 2021 Penggal 1 - Ekonomi
P. 19
Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
Jadual 1.3 Jadual kemungkinan pengeluaran dengan kos lepas malar
BAB Kombinasi Barang X Barang Y Kos lepas barang X (unit)
1 (unit) (unit) (dalam sebutan kuantiti barang Y)
A 0 12 0
B 1 9 12 – 9 = 3
1 – 0
C 2 6 9 – 6 = 3
2 – 1
D 3 3 6 – 3 = 3
3 – 2
E 4 0 3 – 0 = 3
4 – 3
(d) Pada kombinasi A, semua faktor pengeluaran digunakan untuk
mengeluarkan barang Y, iaitu sebanyak 12 unit dan tiada barang
X yang dikeluarkan.
(e) Apabila kombinasi berubah dari A ke B, ekonomi tersebut terpaksa
mengurangkan pengeluaran barang Y sebanyak (12 – 9) = 3 unit.
Jadi kos lepasnya (12 – 9) / (1 – 0) = 3 unit. Ini bermakna untuk
menambahkan seunit barang X, ekonomi mengurangkan 3 unit
barang Y.
(f) Apabila kombinasi terus berubah dari B ke C, ekonomi tersebut
terpaksa mengurangkan pengeluaran barang Y sebanyak (9 – 6) = 3
unit. Jadi kos lepasnya (9 – 6) / (2 – 1) = 3 unit. Ini bermakna untuk
menambahkan seunit lagi barang X, 3 unit barang Y yang dilepaskan.
(g) Seterusnya jika kombinasi berubah dari C ke D pula, ekonomi
tersebut terpaksa mengurangkan pengeluaran barang Y sebanyak
(6 – 3) = 3 unit. Jadi kos lepasnya (6 – 3) / (3 – 2) = 3 unit. Maka,
untuk menambahkan seunit barang X, ekonomi mengurangkan
3 unit barang Y.
(h) Seterusnya jika kombinasi berubah dari D ke E, ekonomi tersebut
terpaksa mengurangkan pengeluaran barang Y sebanyak (3 – 0) =
3 unit. Jadi kos lepasnya (3 – 0) / (4 – 3) = 3 unit. Oleh itu, untuk
menambahkan seunit barang X, ekonomi mengurangkan 3 unit
barang Y.
(i) Keluk kemungkinan pengeluaran yang terbentuk daripada kos
lepas malar ialah bergaris lurus mencerun ke bawah dari kiri ke
kanan seperti Rajah 1.2.
Barang Y (unit)
A
12
B
9
6 C
D
3
E Barang X
0 1 2 3 4 (unit)
Rajah 1.2 Keluk kemungkinan pengeluaran dengan kos lepas malar
16
01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 16 3/27/18 4:31 PM

