Page 20 - Pra U STPM 2021 Penggal 1 - Ekonomi
P. 20

Ekonomi Penggal 1  STPM  Bab 1 Pengenalan
                 (j)  Kos lepas malar berlaku disebabkan oleh faktor-faktor pengeluaran
                     yang digunakan sama cekap.                                                             BAB

               6  Kos lepas meningkat                                                                      1
                 (a)  Kos lepas meningkat bermaksud jumlah barang yang dilepaskan        ‘13
                     adalah semakin meningkat pada setiap tingkat pengeluaran untuk
                     menambahkan seunit barang lain.
                 (b)  Kos  lepas meningkat akan  membentuk  keluk  kemungkinan
                     pengeluaran yang cembung dari titik asalan.
                 (c)  Jadual  1.4 menunjukkan  keluk  kemungkinan  pengeluaran  yang
                     terbentuk daripada kos lepas meningkat.


                   Jadual 1.4 Jadual kemungkinan pengeluaran dengan kos lepas meningkat
              Kombinasi   Barang X   Barang Y      Kos lepas barang X (unit)
                           (unit)     (unit)   (dalam sebutan kuantiti barang Y)
                  A          0         25                   0

                  B          1         23               25 – 23  = 2
                                                         1 – 0

                  C          2         19               23 – 19  = 4
                                                         2 – 1

                  D          3         12               19 – 12  = 7
                                                         3 – 2

                  E          4         0                12 – 0   = 12
                                                         4 – 3

                 (d)  Pada kombinasi A, semua faktor pengeluaran digunakan untuk
                     mengeluarkan barang Y, iaitu sebanyak 25 unit dan tiada barang
                     X yang dikeluarkan.
                 (e)  Apabila kombinasi berubah dari A ke B, ekonomi tersebut terpaksa
                     mengurangkan pengeluaran barang Y sebanyak (25 – 23) = 2 unit.
                     Jadi kos lepasnya (25 – 23) / (1 – 0) = 2 unit. Ini bermakna untuk
                     menambahkan seunit barang X, ekonomi mengurangkan 2 unit
                     barang Y.
                 (f)  Apabila kombinasi terus berubah dari B ke C, ekonomi tersebut
                     terpaksa mengurangkan pengeluaran barang Y sebanyak (23 – 19)
                     = 4 unit. Jadi kos lepasnya (23 – 19) / (2 – 1) = 4 unit. Ini bermakna
                     untuk menambahkan seunit lagi barang X, 4 unit barang Y yang
                     dilepaskan.
                 (g)  Seterusnya jika kombinasi berubah dari C ke D pula, ekonomi
                     tersebut terpaksa mengurangkan pengeluaran barang Y sebanyak
                     (19 – 12) = 7 unit. Jadi kos lepasnya (19 – 12) / (3 – 2) = 7
                     unit. Maka, untuk menambahkan seunit barang X, ekonomi
                     mengurangkan 7 unit barang Y.







                                                                                                     17





     01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd   17                                                         3/27/18   4:31 PM
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25