Page 16 - Pra U STPM 2021 Penggal 1 - Ekonomi
P. 16

Ekonomi Penggal 1  STPM  Bab 1 Pengenalan
                 (a)  Berdasarkan Jadual 1.2, pada kombinasi A, semua faktor
                     pengeluaran telah digunakan untuk mengeluarkan barang Y                                BAB
                     sahaja. Oleh itu, barang X tidak dapat dikeluarkan langsung. Ini
                     dapat dilihat dengan jelas bahawa kuantiti barang X adalah sifar                      1
                     sedangkan kuantiti barang Y ialah 35 unit.
                 (b)  Sebaliknya pada kombinasi G, semua faktor pengeluaran telah
                     digunakan untuk mengeluarkan barang X sahaja. Oleh itu, barang
                     Y tidak dapat dikeluarkan langsung. Ini dapat dilihat dengan jelas
                     bahawa kuantiti barang Y adalah sifar sedangkan kuantiti barang
                     X ialah 6 unit.
                 (c)  Pada kombinasi B, C, D, E, dan F pula, ekonomi telah menggunakan
                     faktor pengeluaran yang tersedia untuk mengeluarkan kedua-dua
                     barang. Misalnya pada kombinasi B, 1 unit barang X dan 34 unit
                     barang Y dikeluarkan.
                 (d)  Biasanya sebuah ekonomi akan memilih gabungan antara barang
                     X dan barang Y seperti yang ditunjukkan oleh kombinasi B, C, D,
                     E, dan F.
                 (e)  Kombinasi mana yang akan dipilih bergantung kepada cita rasa
                     dan pilihan masyarakat yang dibuat.
               3  Berdasarkan Jadual 1.2, suatu keluk kemungkinan pengeluaran dapat
                 dibentuk seperti dalam rajah di bawah.


                     Barang Y (unit)                                               Titik    Penerangan
                                                                                  A, B, C,   Keluaran
                         A                                                        D, E, F,   maksimum
                      35     B
                       34                                                         dan G   yang boleh
                                  C
                       32                                                                 dihasilkan apabila
                                                  H
                       30                                                                 sumber ekonomi
                                       D
                       28                                                                 digunakan
                                                                                          sepenuhnya
                                            E                                             (capai guna
                      23
                                                                                          tenaga penuh)
                                                                                  H       Keluaran yang
                                                                                          tidak tercapai
                                                                                          dengan sumber
                                   I
                      13                         F                                        ekonomi dan
                                                                                          teknologi yang
                                                                                          sedia ada
                                                                                          (kekurangan)
                                                                                  I       Berlaku
                                                                                          ketidakcekapan
                                                     G
                                                           Barang X                       penggunaan
                       0     1    2   3    4    5   6       (unit)                        sumber dan
                                                                                          pembaziran/
                                                                                          pengangguran
                              Rajah 1.1 Keluk kemungkinan pengeluaran
                 (a)  Berdasarkan rajah, paksi mendatar menunjukkan jumlah barang
                     X yang dikeluarkan manakala paksi menegak menunjukkan           Petua Pemeriksa
                     pengeluaran barang Y. Keluk AG dinamakan keluk kemungkinan   Semasa melukis keluk
                     pengeluaran. Keluk ini menunjukkan berbagai kombinasi barang   kemungkinan pengeluaran,
                     X dan barang Y yang dapat dikeluarkan dengan menggunakan     sambungan setiap titik
                                                                                  kombinasi ini boleh dilukis
                     semua faktor pengeluaran dengan cekap. Misalnya pada titik C,   dengan menggunakan
                     jumlah barang X yang dikeluarkan ialah 2 unit dan jumlah barang   pembaris.
                     Y ialah 32 unit. Pada titik D pula, 3 unit barang X dan 28 unit
                     barang Y dikeluarkan.

                                                                                                     13





     01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd   13                                                         3/27/18   4:31 PM
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21