Page 17 - Pra U STPM 2021 Penggal 1 - Ekonomi
P. 17

Ekonomi Penggal 1  STPM  Bab 1 Pengenalan
                                           (b)  Kombinasi pada titik sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran,
        BAB                                    iaitu A, B, C, D, E, dan F menunjukkan ekonomi tersebut berada
       1                                       pada  tingkat  guna  tenaga  penuh.  Sumber  ekonomi  digunakan
                                               secara cekap dan tiada pembaziran sumber.
                                           (c)  Kombinasi pada titik I pula menunjukkan ekonomi tersebut
                                               tidak berada pada tingkat  guna tenaga  penuh. Kombinasi ini
                                               menunjukkan kombinasi pengeluaran barang X dan barang
                                               Y boleh dicapai tetapi berlaku pembaziran sumber ekonomi
                                               atau pengangguran. Pada titik I juga menunjukkan berlaku
                                               ketidakcekapan dalam penggunaan sumber ekonomi.
                                           (d)  Kombinasi pada titik H menunjukkan ekonomi tidak berada pada
                                               tingkat guna tenaga penuh. Titik H menunjukkan pengeluaran
                                               barang X dan barang Y yang tidak boleh dicapai. Hal ini berlaku
                                               kerana sumber pengeluaran tidak mencukupi.
                                           (e)  Keluk kemungkinan pengeluaran dapat digunakan untuk
                                               menunjukkan konsep kekurangan, pilihan, dan kos lepas.

              Petua Pemeriksa            4  Kekurangan
            Sekiranya soalan               (a)  Masalah kekurangan merujuk kepada kekurangan barang dan
            menghendaki pelajar                perkhidmatan yang boleh dikeluarkan berbanding dengan
            menerangkan konsep                 kehendak manusia yang tidak terbatas. Masalah ini wujud kerana
            kekurangan, pilihan, dan
            kos lepas dengan keluk             sumber pengeluaran tidak mencukupi.
            kemungkinan pengeluaran,       (b)  Pada titik H, pengeluaran barang X sebanyak 5 unit dan 30 unit
            pelajar harus mengaitkan
            konsep tersebut dengan             barang Y tidak boleh dicapai kerana faktor pengeluaran tidak
            keluk kemungkinan yang             mencukupi.
            dilukis.
                                           (c)  Kombinasi pada titik H boleh dicapai jika berlaku peningkatan
                                               teknologi atau pertambahan faktor pengeluaran.

                                         5  Pilihan
                                           (a)  Masalah pilihan boleh dijelaskan dalam menerangkan masalah
                                               asas ekonomi, iaitu apa dan berapa yang hendak dikeluarkan.
            Galeri Info                        Masalah pilihan ditunjukkan oleh titik kombinasi di sepanjang
                                               keluk kemungkinan pengeluaran  (titik  A  hingga  G)  atau  di
           Semua titik yang terletak di
           sepanjang keluk kemungkinan         bawahnya.
           pengeluaran ialah titik         (b)  Berdasarkan Rajah 1.1, titik kombinasi A dan G dapat
           pengeluaran yang cekap.
           Oleh sebab semua faktor             menerangkan masalah apa yang hendak dikeluarkan. Pada
           pengeluaran telah digunakan         titik kombinasi A, ekonomi telah membuat pilihan untuk
           sepenuhnya, maka pengeluaran        mengeluarkan barang Y sahaja, manakala pada titik kombinasi
           tambahan tidak dapat
           dijalankan. Sekiranya ekonomi       G, ekonomi telah membuat pilihan untuk mengeluarkan barang
           hendak menambahkan                  X sahaja.
           satu barang keluaran, maka
           ekonomi harus mengurangkan      (c)  Manakala titik kombinasi B, C, D, E, dan F dapat menerangkan
           satu barang yang lain.              masalah berapa yang hendak dikeluarkan. Misalnya pada
           Berdasarkan Rajah 1.1 dari          kombinasi B dan C, ekonomi telah membuat pilihan untuk
           titik E ke titik F, ekonomi
           menambahkan 1 unit barang X         mengeluarkan lebih banyak barang Y dan sedikit barang X.
           dengan mengurangkan 10 unit         Manakala pada kombinasi F, ekonomi telah membuat pilihan
           barang Y (23 –13).
                                               untuk mengeluarkan lebih banyak barang X dan sedikit barang Y.



           14





     01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd   14                                                         3/27/18   4:31 PM
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22