Page 14 - Pra U STPM 2021 Penggal 1 - Ekonomi
P. 14
Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
Oleh sebab sumber ekonomi adalah terhad, maka pengeluar tidak Petua Pemeriksa
dapat mengeluarkan semua barang yang diminta oleh pengguna. BAB
Jenis barang yang hendak dikeluarkan oleh pengeluar adalah Masalah asas ekonomi
adalah berbeza dengan
berdasarkan kehendak masyarakat. Barang yang dikeluarkan konsep kekurangan, pilihan, 1
harus dapat memuaskan atau memenuhi kehendak masyarakat dan kos lepas. Semasa
supaya dapat memperoleh keuntungan maksimum. menjawab soalan, pelajar
harus menjawab mengikut
(b) Bagi masyarakat kapitalis, keputusan jenis barang dan kehendak soalan.
perkhidmatan yang harus dikeluarkan dibuat oleh pengguna
melalui permintaannya kerana pengguna mempunyai kuasa besar
atau kedaulatan pengguna. Sebaliknya, bagi masyarakat yang
mengamalkan sistem sosialis, keputusan ini ditentukan oleh kerajaan.
(c) Masalah berapa yang hendak dikeluarkan berkaitan dengan
penentuan jumlah kuantiti barang yang hendak dikeluarkan dalam
ekonomi. Jumlah barangan yang akan dikeluarkan bergantung
kepada permintaan masyarakat. Jika sesuatu barang mempunyai
permintaan yang tinggi, maka pengeluar akan menambahkan
pengeluarannya.
(d) Apabila semakin banyak sesuatu jenis barangan dikeluarkan,
maka semakin kurang pula sesuatu jenis barangan lain yang dapat
dikeluarkan kerana sumber ekonomi adalah terhad. Maka masalah
berapa yang hendak dikeluarkan berkaitan dengan konsep kos
lepas, iaitu sejumlah barangan yang terpaksa dilepaskan akibat
tambahan satu unit barangan lain.
4 Bagaimana hendak dikeluarkan
(a) Masalah asas ini berkaitan dengan penentuan teknik atau kaedah ‘11 / ‘16
pengeluaran. Sesungguhnya terdapat banyak teknik pengeluaran
yang boleh digunakan. Pengeluar yang rasional haruslah memilih
teknik pengeluaran yang dapat meminimumkan kos pengeluaran
supaya keuntungan dapat dimaksimumkan.
(b) Terdapat dua teknik pengeluaran yang boleh digunakan dalam Tiga masalah asas ekonomi
sesuatu proses pengeluaran, iaitu teknik berintensif buruh • Apa dan berapa hendak
dan teknik berintensif modal. Pengeluar akan memilih teknik dikeluarkan
pengeluaran berdasarkan harga relatif kedua-dua input buruh • Bagaimana hendak
dikeluarkan
dan modal. Jika harga input buruh lebih murah berbanding • Untuk siapa dikeluarkan
dengan harga input modal, maka pengeluar akan memilih teknik
berintensif buruh. Sebaliknya, jika harga input modal lebih murah
berbanding dengan harga input buruh, maka pengeluar akan
memilih teknik berintensif modal.
(c) Biasanya di negara-negara maju, pengeluar akan memilih teknik
berintensif modal. Manakala di negara-negara yang sedang
membangun, penggunaan buruh lebih menguntungkan kerana
negara sedang membangun mempunyai sumber tenaga buruh
yang lebih ramai dan kosnya adalah lebih rendah.
5 Untuk siapa dikeluarkan
(a) Masalah ini merujuk kepada pengagihan barang dan
perkhidmatan kepada masyarakat. Pengagihan barang dan Jelaskan masalah asas
ekonomi dalam pengeluaran
perkhidmatan ini bergantung kepada faktor kuasa beli dan kereta.
kemampuan serta agihan pendapatan dalam kalangan masyarakat.
11
01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 11 3/27/18 4:31 PM

