Page 29 - Pra U STPM 2021 Penggal 1 - Ekonomi
P. 29
Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
4 Antara ciri sistem ekonomi Malaysia:
BAB (a) Sumber ekonomi adalah dimiliki bersama oleh kerajaan dan
1 swasta. Misalnya individu dan pihak swasta bebas memiliki dan
menggunakan sumber ekonomi untuk mengeluarkan barang
swasta. Namun, sesetengah sumber ekonomi adalah dimiliki oleh
kerajaan untuk mengeluarkan barang awam.
Sistem Ekonomi (b) Pihak swasta dan kerajaan akan terlibat bersama dalam membuat
Campuran di keputusan ekonomi. Misalnya kerajaan akan menjalankan dasar
Malaysia kawalan harga bagi barang-barang perlu manakala firma diberi
INFO kebebasan menentukan harga bagi barang-barang lain melalui
mekanisme harga.
(c) Kerajaan dan mekanisme harga bersama-sama memainkan peranan
penting dalam kegiatan ekonomi. Biasanya, kerajaan hanya campur
tangan jika didapati mekanisme harga gagal memperuntukkan
sumber ekonomi secara cekap.
(d) Kerajaan juga campur tangan dalam ekonomi bagi memastikan
aktiviti-aktiviti ekonomi, tertentu mengikut syariat Islam seperti
urusan perbankan, pajak gadai, zakat, dan sebagainya.
(e) Dalam pada itu, kerajaan juga memastikan bahawa kesejahteraan
rakyat terbela dengan menyediakan kemudahan-kemudahan awam
seperti jalan raya, hospital, sekolah, dan sebagainya.
5 Antara tujuan kerajaan campur tangan dalam kegiatan ekonomi
Malaysia:
(a) Untuk mencapai kecekapan peruntukan sumber ekonomi
(b) Untuk pengagihan pendapatan yang lebih setara
(c) Untuk mengawal kestabilan ekonomi
(d) Untuk menjamin pertumbuhan ekonomi yang mampan
(e) Untuk menjaga kesejahteraan dan kebajikan masyarakat
6 Bentuk campur tangan kerajaan dalam kegiatan ekonomi Malaysia:
(a) Menguatkuasakan peraturan dan undang-undang
(b) Pencukaian dan subsidi
(c) Pemilikan kerajaan
(d) Dasar kewangan dan dasar fiskal
1.6.2 Pasaran dan Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi
Hasil Pembelajaran
Membincangkan Cara Sistem Ekonomi Pasaran Bebas Menyelesaikan Masalah
bagaimana sektor Asas Ekonomi
ekonomi pasaran bebas
menyelesaikan masalah 1 Apa dan berapa hendak dikeluarkan
asas ekonomi.
(a) Penyelesaian untuk masalah apa dan berapa banyak barangan yang
hendak dikeluarkan diselesaikan melalui mekanisme harga, iaitu
interaksi antara kuasa permintaan dan penawaran dalam pasaran.
(b) Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, pengguna merupakan
individu yang akan menentukan apa dan berapa yang hendak
dikeluarkan melalui permintaannya. Firma akan mengeluarkan
barang-barang yang diminta oleh pengguna. Semakin tinggi
permintaan terhadap sesuatu barang maka semakin banyak
sesuatu barang itu dikeluarkan.
26
01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 26 3/27/18 4:31 PM

