Page 30 - Pra U STPM 2021 Penggal 1 - Ekonomi
P. 30
Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
2 Bagaimana hendak dikeluarkan ‘17
(a) Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, pengeluar bebas membuat BAB
pilihan tentang teknik pengeluaran yang harus digunakan bagi
mengeluarkan sesuatu barang. Pengeluar yang rasional akan 1
memilih teknik pengeluaran yang dapat meminimumkan kos
pengeluaran, iaitu untuk mencapai kecekapan ekonomi di mana
tingkat keuntungan dapat dimaksimumkan.
(b) Pada umumnya terdapat dua jenis teknik pengeluaran yang boleh
digunakan, iaitu teknik berintensif buruh dan teknik berintensif
modal. Jika kos menggunakan buruh adalah lebih mahal
berbanding dengan kos menggunakan modal, maka pengeluar
akan memilih teknik berintensif modal. Sebaliknya jika kos
menggunakan buruh adalah lebih murah berbanding dengan kos
modal, maka pengeluar akan memilih teknik berintensif buruh.
3 Untuk siapa dikeluarkan
Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, masalah untuk siapa sesuatu
barang itu dikeluarkan diselesaikan melalui agihan pendapatan dan
kuasa beli (kemampuan untuk membayar). Agihan pendapatan
bergantung kepada ganjaran faktor pengeluaran, iaitu upah, faedah,
sewa, dan untung. Dalam sistem ini, golongan yang berpendapatan
tinggi mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi akan memperoleh lebih
banyak barang berbanding dengan golongan yang berpendapatan
rendah.
Kebaikan Sistem Ekonomi Pasaran Bebas Hasil Pembelajaran
1 Mekanisme harga bertindak balas dengan cepat Menjelaskan kebaikan
Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, mekanisme harga memainkan sistem ekonomi pasaran
peranan yang penting. Ketidakseimbangan yang berlaku dalam bebas.
pasaran dapat disesuaikan semula dengan mudah melalui perubahan
harga. Tetapi dalam ekonomi perancangan pusat dan campuran,
campur tangan kerajaan diperlukan. Kerajaan harus membuat sesuatu
perancangan yang melibatkan masa dan kos perbelanjaan yang tertentu.
2 Pengguna dan pengeluar bebas bertindak
Pengguna bebas membuat keputusan ekonomi dan bebas memiliki faktor
pengeluaran. Pengguna bebas membuat pilihan barang dan perkhidmatan
yang diperlukan untuk memaksimumkan kepuasan. Manakala
pengeluar bebas memiliki dan menggunakan faktor pengeluaran. Kebaikan sistem ekonomi
Pengeluar juga bebas menggunakan kaedah pengeluaran sama ada pasaran bebas
• Mekanisme harga bertindak
berintensif buruh atau modal untuk memaksimumkan keuntungan. balas dengan cepat
3 Daya usaha individu yang tinggi • Pengguna dan pengeluar
bebas bertindak
Setiap individu bebas memperoleh ganjaran pendapatan. Para pengeluar • Daya usaha individu yang
akan cuba mengeluarkan barangan mereka dengan cara yang paling tinggi
cekap agar keuntungan yang maksimum dapat diperoleh. Sementara • Kecekapan dalam
penggunaan sumber
itu, individu bebas berusaha untuk meningkatkan daya pengeluaran • Faedah persaingan
supaya dapat menikmati ganjaran upah yang lebih tinggi. • Perkembangan ekonomi
4 Kecekapan dalam penggunaan sumber
Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, faktor pengeluaran yang terhad
akan digunakan dengan cara yang paling optimum. Setiap pengeluar
27
01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 27 3/27/18 4:31 PM

