Page 31 - Pra U STPM 2021 Penggal 1 - Ekonomi
P. 31

Ekonomi Penggal 1  STPM  Bab 1 Pengenalan
                                           akan  cuba  menggunakan  faktor  pengeluaran  mereka  dengan cara
        BAB                                yang paling menguntungkan kerana jika berlaku sebarang kesilapan
       1                                   peruntukan sumber, maka pengeluar akan mengalami kerugian.
                                         5  Faedah persaingan
                                           Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, setiap firma bebas untuk bersaing
                                           antara satu sama lain. Persaingan yang sihat ini dapat menggalakkan
                                           inovasi dan kemajuan teknologi yang dapat meningkatkan daya saing
                                           firma. Dengan ini masyarakat dapat menikmati barang-barang yang
                                           baharu dan berkualiti. Faedah persaingan ini dapat meningkatkan
                                           kepuasan pengguna dan taraf hidup pengguna.

                                         6  Perkembangan ekonomi
                                            Persaingan yang wujud antara para pengeluar telah menggalakkan
                                           kemajuan teknologi dalam proses pengeluaran. Keadaan ini dapat
                                           membawa kepada perkembangan ekonomi.

                                       Kelemahan Sistem Ekonomi Pasaran Bebas
            Hasil Pembelajaran
            Menjelaskan kelemahan        1  Ketidakstabilan ekonomi
            sistem ekonomi pasaran         Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, kerap berlaku gangguan pasaran,
            bebas.                         iaitu berlaku turun naik harga akibat daripada perubahan permintaan
                                           dan penawaran dalam pasaran. Keadaan ini menyebabkan keadaan
                                           ekonomi  negara  tidak  stabil  dan  boleh  membawa  kepada  masalah
                                           inflasi dan deflasi.

                                         2  Wujudnya kuasa monopoli
                                           Persaingan yang bebas akhirnya akan mewujudkan sebuah monopoli
                                           yang mengakibatkan para firma baharu sukar untuk bersaing dengan
                                           firma besar yang sudah sedia wujud itu. Maka, pemonopoli yang
                                           besar ini akan dapat mengawal seluruh pasaran. Pemonopoli akan
                                           mengenakan harga yang tinggi dan ini akan menindas pengguna.

                                         3  Agihan pendapatan yang tidak setara
                                           Dalam masyarakat ekonomi pasaran bebas, jurang perbezaan
           Kelemahan sistem ekonomi
           pasaran bebas                   pendapatan yang sangat ketara berlaku dalam kalangan anggota
           •  Ketidakstabilan ekonomi      masyarakatnya. Sebilangan kecil masyarakat yang kaya akan hidup
           •  Wujudnya kuasa monopoli
           •  Agihan pendapatan yang       dalam serba kemewahan manakala sebahagian besar masyarakat akan
             tidak setara                  hidup dalam keadaan kemiskinan. Keadaan ini akan menjejaskan
           •  Gagal menyediakan barang     pembangunan negara dan keharmonian masyarakat.
             awam
           •  Eksternaliti yang negatif
           •  Pembaziran sumber akibat     4  Gagal menyediakan barang awam
             persaingan yang tidak sihat      Barang awam ialah barang yang tidak mempunyai prinsip pengecualian.
           •  Kebajikan masyarakat         Maksudnya semua orang boleh menggunakannya. Tidak ada seorang
             diabaikan
           •  Salah peruntukan sumber      pun boleh dikecualikan, sama ada yang mampu membayar atau yang
                                           tidak mampu membayar. Biasanya barang awam akan dikeluarkan
                                           oleh kerajaan. Pihak swasta kurang berminat untuk mengeluarkannya
                                           kerana kurang menguntungkan. Kesannya, kebajikan masyarakat
                                           terjejas.




           28





     01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd   28                                                         3/27/18   4:31 PM
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36