Page 10 - Pra U STPM 2021 Penggal 1 - Ekonomi
P. 10
Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
(b) Barang ekonomi dikeluarkan oleh firma, maka barang ekonomi
melibatkan kos pengeluaran. Justeru itu, barang ekonomi BAB
mempunyai harga yang tertentu dan pengguna haruslah Apakah yang dimaksudkan
dengan barang ekonomi?
membayar sebelum barang itu boleh digunakan. 1
(c) Penawaran barang ekonomi adalah terhad. Dengan ini, barang
ekonomi adalah bersifat kekurangan berbanding dengan
permintaannya. Atas sebab itulah maka barang ekonomi
mempunyai kos lepas.
(d) Harus diingat bahawa semua barang selain barang percuma ialah
barang ekonomi. Ini termasuklah barang awam, barang persendirian,
barang modal, barang perantaraan, dan barang pengguna.
Barang Awam dan Barang Persendirian
1 Barang awam
(a) Barang awam ialah barang yang disediakan oleh pihak kerajaan
dan boleh digunakan oleh semua orang dalam masyarakat tanpa
kekecualian. Ini bermakna tiada siapa yang boleh menghalang
orang lain daripada menggunakan barang awam.
(b) Penawaran barang awam adalah terhad dan pengeluarannya
melibatkan kos pengeluaran.
(c) Barang awam juga melibatkan kos lepas. Bagi mengeluarkan
sesuatu barang awam, dengan sumber yang terhad, barang lain
tidak boleh dikeluarkan dan terpaksa dilepaskan.
(d) Penyediaan barang awam dibiayai melalui kutipan cukai daripada
masyarakat.
(e) Jika barang awam dikenakan harga, maka harganya sangat murah.
(f) Pengeluaran barang awam adalah untuk memberi kebajikan kepada
masyarakat dan bukan untuk memaksimumkan keuntungan.
(g) Contoh barang awam ialah jalan raya, hentian bas, sekolah,
hospital, dan sebagainya.
2 Barang persendirian
(a) Barang persendirian ialah barang yang dimiliki oleh seseorang
sama ada pengguna atau pengeluar dan mempunyai kekecualian.
Ini bermakna orang yang mampu membayar sahaja dapat
menggunakannya.
(b) Penawaran barang persendirian adalah terhad dan pemilikannya
melibatkan kos dan harga.
(c) Barang persendirian juga melibatkan kos lepas. Bagi mendapatkan
sesuatu barang persendirian, dengan sumber (pendapatan)
tertentu, maka barang lain tidak boleh diperoleh dan terpaksa
dilepaskan.
(d) Penyediaan barang persendirian adalah untuk memberikan
kepuasan maksimum kepada pengguna dan memaksimumkan
keuntungan kepada pengeluar.
(e) Barang persendirian juga terdiri daripada barang pengguna dan
barang modal.
(f) Contoh barang persendirian ialah baju, buku, kereta, rumah, dan
sebagainya.
7
01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 7 3/27/18 4:31 PM

