Page 25 - Q & A STPM 2022 - Sejarah
P. 25
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 4 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa
Persidangan Meja Bulat diadakan di London tetapi gagal mencapai kata
sepakat. Kemudiannya, British bekerjasama dengan INC dan menganjurkan
Pakatan Gandhi-Irwin pada tahun 1931. Gandhi bersetuju membatalkan
kempen melanggar perintah awam dan sebagai balasan, pihak British akan
menarik balik segala tindakan kekerasan dan memberi jaminan untuk
membebaskan nasionalis yang ditahan. Persidangan Meja Bulat Kedua
diadakan dan Gandhi yang menghadiri persidangan tersebut merasakan
pegawai-pegawai British berdolak-dalik dalam memberi kuasa mentadbir
negara sendiri kepada orang India.
British mendakwa Mahatma Gandhi gagal meyakinkan British dalam
usaha menyelesaikan masalah perpaduan rakyat India dan sikap British ini
mengecewakan Mahatma Gandhi. Hal ini menyebabkan Mahatma Gandhi
Penggal
1 menjalankan semula gerakan menentang British dan beliau ditahan sekali
lagi. British bertindak dan memburukkan lagi keadaan dengan pengumuman
Anugerah Perkauman yang menindas rakyat India dari kelas bawahan.
Pakatan Poona diperkenalkan pada tahun 1932 berjaya menghentikan
Mahatma Gandhi daripada terus mogok lapar di penjara. Persidangan Meja
Bulat Ketiga diadakan dan Akta Kerajaan India 1935 diperkenalkan.
Dalam pilihan raya umum pada tahun 1937, INC menang besar di
lapan wilayah manakala Liga Muslim menguasai tiga kawasan sahaja yang
menyebabkan Liga Muslim mendakwa bahawa INC hanya memperjuangkan
nasib orang Hindu dan mencipta slogan “Islam Dalam Bahaya” untuk meraih
simpati. Di sinilah idea penubuhan Pakistan diperjuangkan dan mendapat
sokongan sebilangan rakyat yang ditunjukkan dalam kemenangan Liga
Muslim dalam pilihan raya umum pada tahun 1945 dan 1946. Parti INC dan
Liga Muslim dipilih mewakili India dalam rundingan kemerdekaan India
dengan pihak British.
Isu pertikaian Hindu dan Islam tidak dapat dibendung lagi. Gabenor
Jeneral India, Lord Louis Mountbatten bersama pemimpin INC dan Liga
Muslim mencapai satu kata sepakat. Oleh itu, rancangan pemisahan India
untuk penganut Hindu dan Islam dilaksanakan. Secara ringkasnya, orang
Islam memasuki Pakistan dan orang Hindu memasuki India yang mencatatkan
penghijrahan besar. Proses penghijrahan tersebut melibatkan ribuan orang
terkorban dan berlaku pertumpahan darah. Era penjajahan bagi kedua-dua
negara, iaitu Pakistan dan India berakhir pada Ogos 1945 apabila kedua-dua
negara menjadi negara bebas berdaulat.
Muhammad Ali Jinnah memegang jawatan sebagai Gabenor Jeneral
Pakistan dan Jawaharlal Nehru menjadi Perdana Menteri India yang pertama.
Lord Louis Mountbatten diminta meneruskan tugasnya sebagai Gabenor
Jeneral India.
Pelbagai pihak telah mengambil inisiatif untuk membebaskan India
daripada penjajahan British. Perjalanan ke arah mendaulatkan India
82
04 Q&A STPM SEJ P1.indd 82 04/04/2019 5:25 PM

