Page 12 - Q & A STPM 2022 - Sejarah
P. 12

Sejarah Penggal 1  STPM  Bab 4 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa

              4.2 Konflik Antarabangsa

            Soalan 3

              Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan meletusnya Perang Dunia Pertama
              (1914 – 1918).                                             [20]

              Rangka Jawapan
              Pendahuluan                                                         Penggal
              –  Tercetus antara tahun 1914 hingga 1918.
              –  Hanya melibatkan negara-negara Eropah.
              –  Triple Alliance (Perikatan Kuasa Tengah: Jerman, Austria-Hungary, dan Itali).
              –  Triple Entente (Pakatan Bertiga: Rusia, Perancis, dan Britain).  1
              Isi
              –  Kegagalan sistem pakatan.
              –  Imperialisme ekonomi.
              –  Perlumbaan senjata dan mobilisasi ketenteraan.
              –  Idea dan pendidikan.
              –  Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand.
              Kesimpulan
              –  Persaingan antara kuasa-kuasa di Eropah khususnya dalam bidang ekonomi
                 dan politik menyebabkan benua Eropah terheret dalam kancah Perang Dunia
                 Pertama.

            Jawapan
                   Perang Dunia Pertama tercetus antara tahun 1914 hingga 1918 yang
              hanya melibatkan negara-negara Eropah. Pihak yang terlibat dalam perang ini
              ialah Triple Alliance (Perikatan Kuasa Tengah) yang dianggotai oleh Jerman,
              Austria-Hungary, dan Itali dengan  Triple Entente (Pakatan Bertiga) yang
              dianggotai oleh Rusia, Perancis, dan Britain. Terdapat banyak faktor yang
              mencetuskan Perang Dunia Pertama.
                   Salah satu faktor tersebut ialah kegagalan sistem pakatan. Pada asalnya,
              sistem ini berfungsi untuk mewujudkan keseimbangan kuasa dalam kalangan
              negara-negara di Eropah. Kegagalan sistem ini dapat dilihat apabila Britain
              hanya memberi sokongan kepada Rusia dan Perancis pada Ogos 1914 setelah
              Jerman menyerang Belgium. Belgium merupakan negara berkecuali yang
              dijamin oleh negara-negara Eropah.
                   Selain itu, ketidakstabilan politik terus berlaku di Eropah dan selepas
              tahun 1908, negara seperti Serbia yang disokong Rusia telah menggunakan
              ketenteraan secara bebas sehingga menyebabkan sistem pakatan ini tidak
              mampu mengawal negara-negara yang melanggar peraturan yang dipersetujui.
                   Seterusnya, imperialisme ekonomi juga menjadi faktor yang menyumbang
              kepada Perang Dunia Pertama. Negara-negara Eropah percaya bahawa


                                            69




     04 Q&A STPM SEJ P1.indd   69                                        04/04/2019   5:25 PM
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17