Page 12 - PRE-U STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN TERM 2
P. 12
Pengajian Perniagaan Penggal 2 STPM Bab 2 Aspek Perundangan Perniagaan
(c) Tidak hilang kelayakan untuk membuat kontrak.
Contohnya seseorang individu yang dipenjarakan atau
diisytiharkan bankrap tidak layak untuk membuat
kontrak.
2 Kes berkaitan dengan keupayaan untuk berkontrak:
“Leha bt. Jusoh vs Awang Johari b. Hashim (1978) 1 MLJ 202”
Dalam kes ini, responden (Awang Johari b. Hashim) seorang
kanak-kanak (minor) yang berumur 15 tahun pada masa
BAB Leha bt. vs Awang Johari urusan yang dipertikaikan itu berlaku, telah membuat perjanjian
Jusoh
untuk membeli sebidang tanah yang dimiliki dan estet yang
b. Hashim
2 (Plaintif) (Defendan ditadbirkan oleh pihak perayu (Leha bt. Jusoh). Dalam kes ini,
minor)
perayu merupakan pentadbir kepada estet si mati (Mat bin
Jusoh).
Keputusan mahkamah tinggi memihak kepada responden. Di
Isu: Mahkamah Tinggi, hakim memutuskan bahawa perjanjian itu
perjanjian untuk membeli batal dan kemudiannya mengatakan oleh sebab wang belian
sebidang tanah
telah dibayar sepenuhnya dan pihak responden dibenarkan
memasuki tanah itu, maka satu kepercayaan konstruktif telah
terbentuk.
Perayu (Leha bt. Jusoh) mengemukakan kes rayuan di Mahkamah
Persekutuan. Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa
atas dasar seksyen 66, Akta Kontrak 1950, mahkamah mengarah
perayu membayar balik RM5 000 harga belian dan responden
dikehendaki keluar daripada tanah tersebut.
Sekysen 66 mengatakan apabila sesuatu perjanjian itu didapati
batal atau kontrak menjadi batal, sesiapa yang menerima
sebarang faedah daripada kontrak adalah terikat untuk
memulangkan atau memberi pampasan untuknya kepada
orang daripada siapa ia menerima faedah tersebut. Harga
belian dipulangkan kepada kanak-kanak dan tanah dipulangkan
kepada penjual.
“Section 66 – If there is no contract, the person who benefited out
of the deal must pay back.”
Semua pihak yang membuat kontrak mesti mempunyai
kelayakan untuk berkontrak dan jika seorang belum dewasa,
ia tidak boleh membuat kontrak.
Terma Kontrak
1 Terdapat tiga elemen yang harus dilihat dalam kedudukan
terma. Antaranya ialah:
(a) Terma & Representasi
Terma kontrak adalah kenyataan yang diniatkan
untuk jadi sebagai sebahagian daripada syarat-syarat
100
02 PraU Pnigan P2.indd 100 07/12/2018 9:58 AM

