Page 9 - PRE-U STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN TERM 2
P. 9

Pengajian Perniagaan Penggal 2  STPM  Bab 2 Aspek Perundangan Perniagaan

                      Perayu juga enggan membayar caj untuk penghasilan filem
                      pencetakan kerana defendan menuntut hak milik atas filem
                      pencetakan. Menurut pihak defendan, perkara ini termaktub
                      dalam kontrak dan ini adalah amalan dalam industri pencetakan.
                      Keputusan Mahkamah Persekutuan memihak kepada plaintif.

                      Keputusan kes rayuan:
                      (i)  Jumlah RM500 adalah tidak betul dan tiada bukti.
                      (ii)  Memang wujud satu tawaran dan penerimaan bagi
                          mewujudkan suatu kontrak, “Printing Orders” merupakan
                          tawaran dan wujudnya penerimaan oleh responden apabila                               BAB
                          ia telah membuat pengesahan. Dengan itu klausa mengenai                             2
                          tuntutan hak milik yang terkandung dalam sebut harga
                          adalah tidak relevan dan  bukan sebahagian daripada
                          kontrak. Mereka telah menjalin perjanjian menerusi
                          dokumen perniagaan seperti surat pertanyaan, sebut harga
                          dan dokumen ini berkaitan dengan pelawaan tawaran.
                      (iii)  Tiada bukti kukuh untuk menyatakan wujudnya suatu
                          amalan perdagangan.
                      (iv)  Nyataan bahawa  filem percetakan  adalah  hak  milik
                          defendan kerana ia adalah dalam industri pencetakan
                          juga tidak diterima.



                Balasan (Consideration)

                  1  Balasan ialah faedah yang sepatutnya diperoleh oleh kedua-
                     dua pihak daripada urus niaga seperti  yang  dipersetujui oleh
                     pihak-pihak yang mengikat perjanjian. Contoh: A serahkan
                     kereta kepada B dan B bayar RM40 000.
                  2  Elemen-elemen balasan:
                     (a)  Sesuatu balasan mesti mempunyai unsur timbal balik, iaitu   Elemen-elemen balasan:
                         pihak-pihak pembuat janji mempunyai balasan masing-        •  Mesti mempunyai unsur
                                                                                      timbal balik.
                         masing. Contoh: Encik Zainul membeli sebuah kereta         •  Balasan tidak semestinya
                         bernilai RM20  000 daripada Encik Kamil. Maka balasan        datang daripada penerima
                                                                                      janji.
                         Encik  Zainul  kepada  Encik  Kamil  adalah  RM20  000     •  Balasan lampau adalah sah
                                                                                      di sisi undang-undang.
                         sementara balasan Encik Kamil kepada Encik Zainul          •  Balasan tidak semestinya
                         ialah kereta tersebut.                                       berpadanan.
                     (b)  Balasan tidak semestinya datang daripada penerima janji   •  Balasan mesti sah di sisi
                                                                                      undang-undang.
                         (sesiapa sahaja boleh memberi balasan walaupun dia         •  Perjanjian tanpa balasan
                         bukan pihak-pihak yang berkontrak.)                          adalah batal kecuali dalam
                                                                                      keadaan tertentu.
                     (c)  Balasan lampau adalah sah di sisi undang-undang.
                         (Balasan lampau ialah janji yang dibuat bagi membalas
                         sesuatu perbuatan yang telah dilakukan).



                                                                                                        97





         02 PraU Pnigan P2.indd   97                                                                   07/12/2018   9:58 AM
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14