Page 10 - PRE-U STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN TERM 2
P. 10

Pengajian Perniagaan Penggal 2  STPM  Bab 2 Aspek Perundangan Perniagaan
                                                   Contoh: Tayar kereta pihak A rosak di tengah jalan.
                                                   Pihak B secara kebetulan lalu di sana dan menghulurkan
                                                   pertolongan untuk menukarkan tayar yang rosak. Pihak
                                                   A berjanji untuk membayar RM100 kepada pihak B dan
                                                   perbuatan ini dikatakan sebagai balasan lampau.
                                               (d)  Sesuatu  balasan  tidak  semestinya  berpadanan.  Balasan
                                                   yang diberikan oleh penerima janji tidak semestinya
              Apakah perjanjian tanpa
              balasan?                             berharga  dan  mempunyai  nilai  yang  berpadanan
                                                   dengan sesuatu yang diberikan oleh pembuat janji.
           BAB                                     Contohnya: Encik Raj membuat tawaran untuk menjual

          2                                        keretanya kepada Encik Zul secara tunai dengan harga
                                                   RM30 000 walaupun nilai pasaran kereta sebenarnya
                                                   ialah RM50 000.
                                               (e)  Balasan mestilah sesuatu yang sah di sisi undang-undang.
                                                   Contohnya: Kereta yang dijual adalah milik Raj dan
                                                   bukan kereta yang dicuri.
                                               (f)  Perjanjian tanpa balasan adalah batal kecuali dalam
                                                   beberapa keadaan:
                                                   (i)  Perjanjian bertulis yang dibuat atas kasih sayang
                                                        semula jadi antara pihak-pihak yang mempunyai
                                                        hubungan karib.
                                                   (ii)  Beri pampasan secara sukarela kepada pejanji atau
                                                        secara dipaksa oleh undang-undang.
                                                   (iii)  Perjanjian bertulis untuk membayar hutang lapuk.


                                            3  Kes berkaitan dengan balasan:

               Murugesu      Nadarajah          Kes “Murugesu vs Nadarajah (1980) 2 MLJ 82”
                (Plaintif)  vs  (Defendan)
                                                Di dalam kes ini, Murugesu ialah perayu dan Nadarajah ialah
                                                defendan. Pada awalnya, pihak perayu telah bersetuju untuk
                                                menjual rumah kepada defendan dengan harga RM26  000
                         Isu:
                    Perjanjian untuk            dan perjanjian dibuat pada sekeping kertas sahaja. Kemudian
                     menjual rumah              Murugesu enggan menjual rumah tersebut dan ini menyebabkan
                                                defendan memohon ke mahkamah supaya pelaksanaan spesifik
                                                dilakukan ke atas perjanjian itu. Murugesu enggan melaksanakan
                                                kontrak dan mengatakan kontrak tidak sah. Murugesu merayu
                                                atas alasan perjanjian itu adalah tidak sah kerana balasan untuk
                                                tawaran penjualan itu tidak wujud.

                                                Keputusan mahkamah:
                                                “Mahkamah menolak rayuan perayu kerana balasan boleh
                                                terdiri daripada janji secara bersama. Dalam kes ini, kedua-dua
                                                pihak berjanji pada awalnya, maka alasan tiada unsur balasan
                                                adalah tidak benar.”



               98





         02 PraU Pnigan P2.indd   98                                                                   07/12/2018   9:58 AM
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14