Page 11 - PRE-U STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN TERM 2
P. 11
Pengajian Perniagaan Penggal 2 STPM Bab 2 Aspek Perundangan Perniagaan
Niat
1 Perjanjian antara dua pihak menjadi kontrak sah apabila
terdapat bukti yang menunjukkan bahawa wujudnya niat
untuk mengadakan hubungan yang mengikat di sisi undang-
undang. Contoh: A berniat jual kereta kepada B.
2 Untuk membolehkan mahkamah menentukan sama ada
wujud atau tidak niat antara kedua-dua pihak, semua
perjanjian dibahagikan kepada dua kategori, iaitu:
(a) Perjanjian keluarga/domestik (tidak dikatakan BAB
sebagai perjanjian yang mengikat). Dalam hubungan
kekeluargaan / sosial undang-undang membuat anggapan 2
bahawa pihak yang berkenaan tidak mempunyai niat
untuk mengikat di sisi undang-undang. Contoh: Abu
berjanji kepada anaknya bahawa dia akan membayar
RM200 jika menolongnya di gerai. Janji ini bukan
kontrak kerana berbentuk kekeluargaan.
(b) Perjanjian perniagaan (pihak-pihak berkontrak dianggap
mempunyai niat perjanjian yang mengikat dari segi
undang-undang). Contoh: perjanjian jual beli tanah.
Ketentuan
1 Kontrak sah mesti mempunyai peruntukan nyata dan tentu
(tidak samar). Perjanjian yang maknanya tak tentu adalah
batal. Contoh: A merupakan pemilik sah kepada kereta yang
dijual kepada B.
2 Ketentuan terbahagi kepada dua, iaitu:
(a) Bahasa yang mudah.
(b) Mencapai syarat utama dalam kontrak.
Keupayaan
1 Merujuk kepada kelayakan untuk berkontrak. Contoh: A
dan B memenuhi syarat untuk berkontrak seperti berusia 18
tahun dan berakal sempurna.
2 Seseorang yang layak membuat kontrak mestilah:
(a) Dewasa ( berusia 18 tahun).
(b) Berakal sempurna. Pada masa seseorang membuat
kontrak, ia berkeupayaan memahami kontrak yang
dibuat dan berupaya membuat pertimbangan yang
rasional terhadap kesan atas kepentingannya.
99
02 PraU Pnigan P2.indd 99 07/12/2018 9:58 AM

