Page 52 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 52

Sejarah Penggal 1  STPM  Bab 1 Masyarakat
                                          (f)  Pada tahun 1730 – 1760, Robert Blakewell telah memperkenalkan
        BAB                                   kaedah baru yang dapat mempercepatkan proses pembesaran
                                              binatang ternakan.
       1
                                              (i)  Beliau berjaya mempercepatkan pembesaran binatang ternakan
                                                  dan menghasilkan saiz ternakan yang besar.
                                              (ii)  Beliau berjaya merevolusikan baka biri-biri yang terbaik,
                                                  iaitu baka Leicestershire. Kaedah beliau telah tersebar luas dan
                                                  digunakan di England.
                                              (iii)  Kesannya, bekalan daging dan susu meningkat bagi memenuhi
                                                  keperluan England ketika itu.
                                          (g)  Pengenalan penggunaan teknik penanaman baharu dan jentera.
                                              (i)  Alat penggali dan penabur benih oleh Jethro Tull memudahkan
                                                  para petani menggali lubang dan menabur benih dalam jarak
                                                  yang ditetapkan.
                                              (ii)  Membolehkan tanaman tumbuh secara teratur mengikut baris
                                                  yang sama jaraknya dan memudahkan petani menggembur
             Rajah 1.3 Alat Jethro Tull           serta membersihkan tanah.
                                          (h)  Bagi menyuburkan tanah, kemajuan sains berjaya memperkenalkan
                                              baja tiruan kepada masyarakat petani.
                                              (i)  Penggunaan baja tiruan ini dapat memenuhi keperluan baja
                                                  yang meningkat terutama dalam ladang yang luas.
                                              (ii)  Malahan, kesuburan tanah juga dapat ditingkatkan dengan
                                                  penggunaan baja kimia.
                                          (i)  Coke of Holkham telah memperkenalkan cara menebus guna tanah.
                                              (i)  Beliau menggunakan sistem guna tanah secara heavy-manuring,
                                                  iaitu menjadikan kawasan tanah yang berpasir sebagai tempat
                                                  penanaman gandum yang subur.
                                              (ii)  Beliau juga memperkenalkan sistem pengurusan ladang paling
                                                  moden di England ketika itu.
                                              (iii)  Beliau bekerjasama  dengan  para  pemajak  tanahnya  dan
                                                  memperkenalkan  sistem pemajakan  jangka panjang  kepada
                                                  para pemajak untuk menggalakkan mereka membuat pelaburan
                                                  yang besar.
                                       2  Masyarakat perindustrian
                                          (a)  Bidang perindustrian tekstil berkembang pesat pada zaman ini.
                                              (i)  Permintaan yang tinggi bagi barangan tekstil telah membawa
                                                  kepada penciptaan mesin pemintal (Spinning Jenny) yang
                                                  pertama oleh James Hargreaves pada tahun 1764.
                                              (ii)  Pada tahun 1795, Edmund Cartwright telah mencipta mesin
                                                  tenun pertama yang menggunakan kuasa air.
                                          (b)  Perkembangan perindustrian besi telah membawa kepada kemajuan
                                              peleburan besi dengan menggunakan arang bagi menghasilkan besi
                                              tempa bagi membuat peralatan mesin.
                                              (i)  Siemens menemui kaedah baharu untuk menghasilkan keluli
                                                  yang murah dan cepat daripada besi belum tempa.
             Rajah 1.4 Mesin pemintal         (ii)  Bessemer menemui kaedah mengurangkan masa untuk
             ciptaan James Hargreaves
                                                  menghasilkan keluli daripada besi belum tempa.
                                          (c)  Pada akhir abad ke-18, kuasa wap telah digunakan dalam industri
                                              untuk mengendalikan jentera.


            50






      Bab 01   50                                                                                    3/27/18   11:33 AM
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57