Page 47 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 47

Sejarah Penggal 1  STPM  Bab 1 Masyarakat
              23  Perkembangan perdagangan Jepun dengan negara luar seperti Portugis,   Galeri Info
                  Sepanyol, British, dan Belanda pada abad ke-16 dan ke-17 telah                            BAB
                  menggalakkan penggunaan mata wang perak. Keadaan ini menggalakkan   Jepun mengamalkan dasar   1
                  industri perlombongan berkembang pesat dan pengeluaran emas, perak,   pemencilan atau isolasi yang
                                                                                 dianggap terpilih kerana
                  dan tembaga.                                                   masih menerima kemasukan
              24  Perkembangan ekonomi ini juga turut membawa kepada pengkhususan   pedagang asing seperti
                                                                                 Sepanyol, Portugal, Belanda,
                  pekerjaan. Hal ini membawa kepada pertambahan jumlah bilangan   dan British. Namun bermula
                  golongan tukang dan saudagar. Organisasi atau persatuan (zu) mula   pada pertengahan abad ke-17,
                  wujud dan memonopoli pengeluaran di Jepun.                     keadaan ini berubah kerana
                                                                                 Jepun mula mengamalkan
              25  Persatuan-persatuan kewangan atau mujinko turut berkembang pesat.   dasar tutup pintu.
                  Pusat-pusat pertukaran wang, kedai-kedai betas, dan sake jua bertambah
                  di bandar dan wilayah seperti Kuwana, Sakai, Ise, Hakata, dan lain-lain.
              26  Perubahan pesat ekonomi perdagangan di Jepun telah membawa
                  perubahan dalam kehidupan golongan samurai. Golongan samurai yang
                  bergantung hidup dengan menerima pendapatan berguni-guni beras
                  daripada shogun atau daimyo sebelum ini telah menjual beras untuk
                  mendapatkan wang tunai daripada saudagar di Osaka.
              27  Golongan saudagar pula menjadi semakin kaya walaupun kedudukan
                  mereka dalam masyarakat bertaraf rendah. Menjelang abad ke-17,
                  terdapat ramai golongan pedagang yang cekap dan berpengalaman dan
                  golongan peminjam wang di bandar. Misalnya, Mitsui yang mempunyai
                  syarikat persendirian.
              28  Perkembangan pesat pengaruh luar seperti agama Buddha, Confucius
                  dan agama Kristian juga turut berlaku di Jepun. Kedatangan para
                  pedagang ke Jepun juga telah turut menyebarkan dakwah Kristian.
                  Antara pedagang Eropah yang awal mengembangkan pengaruh agama
                  kristian ialah Portugis, Sepanyol, dan Belanda. Mereka menubuhkan
                  pusat-pusat latihan di bahagian utara Jepun dan juga di Pulau Kyushu.
                  Selain itu, tulisan Jepun dan kosa kata Jepun juga turut menerima
                  pengaruh barat seperti Portugis. Misalnya, pao (roti), bosan (butang)
                  dan lain-lain.
              29  Kepesatan perdagangan berakhir secara mendadak pada tahun 1630-an   Jepun mengamalkan dasar
                  apabila pemerintahan Tokugawa mengambil keputusan mengamalkan   tutup pintu sejak tahun 1638.
                  dasar pemencilan dari dunia luar.                              Pemerintahan Tokugawa
                                                                                 mengamalkan dasar tutup
              30  Perdagangan dengan negara luar telah diharamkan dan semua pedagang   pintu kerana perasaan syak
                  diusir keluar dari Jepun. Pelaksanaan arahan ini dikeluarkan dalam   wasangka terhadap orang
                  larangan pada tahun 1633, 1635, dan 1639.                      Barat dan kebimbangan kesan-
                                                                                 kesan politik yang buruk.
                  (a)  Arahan pada tahun 1633
                      (i)  Melarang kapal-kapal  Jepun meninggalkan  negara kecuali
                          mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh Bakufu.
                      (ii)  Rakyat Jepun dilarang meninggalkan negara kecuali mendapat
                          kebenaran terlebih dahulu daripada Keshogunan Tokugawa.
                      (iii)  Rakyat Jepun yang tinggal di luar negara akan dihukum bunuh
                          jika mereka pulang ke Jepun.
                  (b)  Arahan pada tahun 1635
                      (i)  Mengharamkan semua kapal Jepun belayar ke seberang laut.
                      (ii)  Rakyat Jepun dilarang ke luar negara.



                                                                                                     45






      Bab 01   45                                                                                    3/27/18   11:33 AM
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52