Page 53 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 53
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
3 Kemajuan sistem pengangkutan
(a) Revolusi Perindustrian telah membawa kemajuan dalam bidang BAB
pengangkutan seperti perkapalan, jalan raya, kereta api, dan terusan.
(i) Kapal-kapal mula dibina daripada besi menggantikan balak 1
dari Baltik. Teknologi pembinaan kapal besi oleh Wilkinson
pada tahun 1787 telah menyaksikan kapal-kapal dibina
menggunakan besi sebagai rangka dan kayu sebagai dinding.
(ii) Kapasiti kapal menjadi lebih besar dengan penggunaan besi
kerana boleh mengangkut lebih banyak kargo berbanding kapal
yang dibuat daripada kayu.
(iii) Pada tahun 1802, kapal-kapal menggunakan enjin kuasa wap
dan keluli menggantikan besi dalam industi pembinaan kapal.
(iv) Hal ini menyebabkan kapal-kapal boleh mengangkut lebih
banyak kargo.
(v) Dalam pembinaan jalan, John Macadam telah memperkenalkan
pembinaan daripada batu dan minyak tar. Kemajuan ini
memudahkan perhubungan antara kawasan. Foto 1.26 John Macadam
(b) Terusan Worsley yang pertama dibina pada tahun 1761 oleh James
Bridley telah digunakan untuk membawa arang batu ke bandar
perusahaan Manchester.
(c) Pada tahun 1801, Richard Trevithick mencipta lokomotif atau
jentera wap untuk menarik gerabak. Lokomotif ini kemudiannya
dikenali sebagai kepala kereta api dan dimajukan lagi oleh George
Stephenson pada tahun 1825.
(d) Landasan kereta api moden yang pertama dibina di England pada
tahun 1825 yang menghubungkan lombong arang batu Durham di
Stockton dengan Darlington.
(i) Jurutera yang bertanggungjawab dalam mengendalikan
pembinaan landasan Great Western yang menghubungkan
London-Bristol-South Wales ialah Isambard Kingdom Brunel Foto 1.27 Richard Trevithick
(1806 – 1859).
(ii) Pada tahun 1875, Robert Stephenson telah membina landasan
yang menghubungkan London dengan Birmingham.
(iii) Menjelang tahun 1873, England telah muncul sebagai peneraju
dalam bidang pembinaan landasan kereta api dengan memiliki
landasan sehingga 14 000 batu.
(iv) Perkembangan ini merancakkan perlombongan arang batu dan
logam lain.
(v) Malahan, perkhidmatan kontraktor England seperti Thomas
Brassey telah digunakan dalam membina landasan kereta api
di Itali, India, dan Australia.
4 Penghijrahan penduduk dan pertambahan penduduk
(a) Revolusi Perindustrian menyumbang kepada pertambahan
penduduk.
(i) Pertambahan penduduk telah meningkat dua kali ganda di
England antara tahun 1800 dan 1850.
(ii) Pertambahan daripada 11 juta orang kepada 21 juta orang.
51
Bab 01 51 3/27/18 11:33 AM

