Page 55 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 55

Sejarah Penggal 1  STPM  Bab 1 Masyarakat
                  (c)  Demi untuk meningkatkan perdagangan antarabangsa, England
                      telah memansuhkan tarif import bahan mentah bagi membolehkan                          BAB
                      negara luar membeli barangan siapnya.
                      (i)  Situasi tersebut menggalakkan England menjalankan dasar                         1
                          perdagangan yang lebih liberal.
                      (ii)  Idea liberalisme ini telah dipopularkan oleh Adam Smith dalam
                          bukunya, The Wealth of Nation.
                      (iii)  Salah satu bab dalam buku ini menceritakan bahawa usaha
                          untuk mengekalkan kekayaan negara pada tahap maksimum
                          ialah dengan menghapuskan perlindungan duti kastam.        Foto 1.28 Adam Smith
                      (iv)  Idea ini  telah digunakan oleh  William  Huskinson  yang
                          kemudiannya menjadi Presiden Lembaga Perdagangan pada
                          tahun 1823 dan telah membawa kepada peningkatan kekayaan
                          England.
                      (v)  Kesannya, berlaku peningkatan pengeksportan kain kapas oleh
                          Syarikat Hindia Timur Inggeris dari satu juta ela pada tahun
                          1814 kepada 56 juta ela pada tahun 1932.
               6  Kerajaan dan perdagangan bebas
                  (a)  Parlimen England banyak membantu dalam amalan dasar
                      perdagangan bebas. Pada tahun 1820-an dan 1830-an, Parlimen
                      England telah meluluskan beberapa akta yang menghapuskan dasar-
                      dasar ekonomi yang boleh menyekat kebebasan.
                  (b)  Antara yang telah diluluskan ialah pemansuhan ekonomi
                      perdagangan Syarikat Hindia Timur Inggeris dengan negara China
                      pada tahun 1883. Seterusnya, mengurangkan senarai barangan yang
                      dikenakan duti import dan eksport serta meminda akta perkapalan   Layari laman web berikut
                      pada tahun 1825.                                            untuk maklumat tentang
                  (c)  Pada tahun 1822, parlimen England telah melonggarkan Undang-  Syarikat Hindia Timur
                      undang Jagung (Corn Law).                                   Inggeris:
                                                                                  •  http://en.wikipedia.org/
                      (i)  Mengikut Undang-undang Jagung pada tahun 1815, import    wiki/East_India_Company
                          jagung diharamkan melainkan harga dalam negeri mencapai
                          8 syiling satu per empat.
                      (ii)  Hal ini membawa kepada Gerakan Chartist yang dilancarkan
                          oleh golongan pekerja dan majikan-majikan kilang untuk           INFO
                          menyakinkan kilang-kilang bahawa undang-undang ini hanya   •  http://www.britannica.
                          mengganggu perdagangan bebas.                             com/topic/East-India-
                      (iii)  Mereka mengadakan rapat umum di seluruh negara dan     Company
                          menghantar bantahan kepada parlimen.
                      (iv)  Hasilnya, pada tahun 1846, Undang-undang Jagung telah
                          dimansuhkan.
                  (d)  Pada tahun 1849, Undang-undang Pelayaran dimansuhkan.               INFO
               7  Perubahan gaya hidup
                  (a)  Sebelum Revolusi Perindustrian di England, masyarakat terikat
                      kepada tradisi kekeluargaan yang kuat dan kebanyakan mereka
                      tinggal di luar bandar.
                      (i)  Hidup mereka ringkas dan tiada usaha untuk melakukan
                          mobiliti sosial.
                      (ii)  Ibu bapa memainkan peranan penting dan mempunyai hak
                          mutlak ke atas anak-anak mereka.



                                                                                                     53






      Bab 01   53                                                                                    3/27/18   11:33 AM
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60