Page 51 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 51

Sejarah Penggal 1  STPM  Bab 1 Masyarakat
                      (ii)  Konsep ini berjaya mengenepikan adat serta peraturan tradisi
                          yang diamalkan sebelumnya dan memberi kebebasan yang                              BAB
                          lebih kepada seseorang dalam usahanya untuk memajukan                            1
                          tanah yang disewa atau dimilikinya.
                  (c)  Berikutan dengan kepesatan proses pemagaran tanah awam,
                      parlimen England telah mengeluarkan akta berhubung dengan
                      proses pembahagian tanah awam kepada pemilikan secara
                      perseorangan.
                      (i)  Melalui akta ini, tanah awam yang hendak dijadikan hak
                          perseorangan perlu mendapat kelulusan parlimen.          Foto 1.25 Pemagaran tanah
                      (ii)  Kesannya, antara tahun 1761 hingga 1792, hampir 5 000 000
                          ekar tanah telah dipagar melalui Akta Pemagaran Tanah.
                      (iii)  Pemagaran tanah ini telah menimbulkan kesan terhadap petani
                          yang memiliki tanah yang kecil.
                      (iv)  Petani terpaksa menjual tanah mereka kerana tidak mempunyai
                          modal untuk memagar kawasan tanah milik mereka.
                      (v)  Akhirnya,  golongan  petani  tradisional  di  kawasan  luar
                          bandar England telah pupus kerana kawasan tanah pertanian
                          persendirian telah bertukar kepada tanah ladang persendirian
                          yang besar saiznya.
                  (d)  Berikutan dengan pemagaran tanah ini, kaedah penggunaan tanah
                      secara intensif telah diwujudkan bagi memaksimumkan penggunaan   Galeri Info
                      tanah. Oleh itu, sistem Tanaman Bergilir Norfolk diperkenalkan   Bilangan Akta Pemagaran
                      oleh Lord Townshend pada akhir abad ke-18.                 Tanah (1714 – 1810):
                      (i)  Dalam sistem tanaman bergilir ini, Townshend menganjurkan   Tahun  Bilangan akta
                          tanah pertanian digunakan sepanjang tahun.               1714 – 20     6
                      (ii)  Dalam satu-satu tahun itu, tanah berkenaan hendaklah ditanam   1720 – 30  33
                          secara bergilir-gilir dengan jenis tanaman yang berlainan.   1730 – 40  35
                      (iii)  Misalnya, ditanam dengan gandum, turnip, barli, dan rumput.   1740 – 50  156
                          Kaedah ini dapat mengekalkan kandungan nitrogen dalam
                          tanah dan mengekalkan kesuburan tanah setiap masa.       1760 – 70    424
                      (iv)  Bagi menjayakan sistem tanaman bergilir ini, Townshend   1770 – 80  642
                          telah memperkenalkan tanaman turnip (sejenis lobak) dan ubi   1780 – 90  287
                          kentang.                                                1790 – 1800   506
                      (v)  Teknik yang diperkenalkan berjaya mengekalkan kesuburan   1800 – 10  906
                          tanah serta meningkatkan produktiviti ladang.
                      (vi)  Para petani seterusnya diperkenalkan dengan tanaman baru.
                          Beberapa tanaman berakar diperkenalkan seperti  parsnips,
                          swedes, dan mangolds.
                  (e)  Para petani turut mengamalkan sistem pertanian campuran, iaitu
                      menternak biri-biri dan lembu serta menanam rumput dalam
                      kawasan pertanian yang sama.                               Apakah kelebihan sistem
                      (i)  Kaedah ini berjaya mengatasi masalah bekalan makanan   pertanian campuran?
                          binatang ternakan, khususnya pada musim sejuk.
                      (ii)  Bulu-bulu binatang ternakan digunakan untuk industri
                          membuat kain.
                      (iii)  Najis binatang dijadikan baja.




                                                                                                     49






      Bab 01   49                                                                                    3/27/18   11:33 AM
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56