Page 54 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 54

Sejarah Penggal 1  STPM  Bab 1 Masyarakat
                                              (iii)  Penduduk bandar London sahaja antara 50 000 orang dan
        BAB                                       100 000 orang pada tahun 1800.

       1                                      (iv)  Pada tahun 1850, penduduk meningkat kepada 2 363 000
                                                  orang dan lebih separuh populasi England tinggal di pekan
                                                  dan bandar.
                                              (v)  Pada tahun 1851, penduduk dari Ireland telah berhijrah
                                                  beramai-ramai ke England.
                                          (b)  Selain itu, kemajuan infrastruktur turut menyumbang kepada
                                              penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar ke kawasan
                                              bandar untuk mendapatkan pekerjaan.
                                              (i)  Penghijrahan penduduk ini membantu kepada pertambahan
                                                  penduduk dalam kawasan bandar.
                                              (ii)  Antara kawasan yang mengalami pertambahan penduduk
                                                  ialah Lancashire, West Riding di Yorkshire, Warwickshire,
                                                  Nottinghamshire, dan Staffordshire.
                                          (c)  Kesannya, penghijrahan ini telah membawa kepada penyatuan
                                              Ireland-England dan penduduk tertumpu kepada pekerjaan industri
                                              tekstil. Mereka menjadi buruh dalam pelbagai bahagian dalam
                                              industri tekstil. Jika mereka  tidak berhijrah, industri tekstil  di
                                              England akan lumpuh kerana kekurangan tenaga pekerja.
                                          (d)  Bekalan  makanan  dan  peluang  pekerjaan  yang  ada  telah
                                              menggalakkan masyarakat England berkahwin pada usia yang
                                              muda dan memperolehi ramai anak. Kadar kelahiran yang tinggi
                                              menyebabkan England menyumbang kepada penggunaan tenaga
                                              buruh kanak-kanak dalam perlombongan arang batu. Pada abad
                                              ke-19,  kanak-kanak  yang  berusia  15  tahun  adalah  seramai  40
                                              peratus daripada keseluruhan penduduk England.

                                       5  Perluasan perdagangan antarabangsa
                                          (a)  Masyarakat industri juga mengalami pertambahan penghasilan
                                              barangan dalam industri pembuatan.
            Dapatkan maklumat lanjut          (i)  Pertambahan ini telah menyebabkan lebihan barangan dan
            tentang Manchester di laman           membawa keperluan untuk dieksport ke luar negara.
            web berikut:
            •  http://www.thefullwiki.org/    (ii)  Pada tahun 1820-an, kilang-kilang kapas Manchester dan Leeds
              History_of_Manchester               mengeluarkan keluaran melebihi permintaan dalam pasaran
                                                  tempatan.
                                              (iii)  Hal ini membawa kepada pengeksportan kain kapas dari
                                                  England dan berlaku peningkatan pada kadar 10 peratus setiap
                     INFO                         tahun antara tahun 1783 hingga 1792 dan melebihi 17 peratus
                                                  antara tahun 1792 hingga 1802.
                                          (b)  Masyarakat industri juga menerima permintaan dalam kapas
                                              mentah.
                                              (i)  Peningkatan kadar import pada tahun 1770 ialah 3 juta paun,
                                                  menjelang tahun 1790-an, meningkat kepada 30 juta paun, dan
                                                  melebihi 50 juta paun selepas tahun 1800.
                                              (ii)  Pengeluaran besar-besaran ini telah menyebabkan England
                                                  memperkenalkan pembaharuan dalam kos pengeluaran. Jika
                                                  kos pengeluaran dapat dikurangkan maka barangan ini dapat
                                                  dijual dalam pasaran luar dengan harga yang murah.


            52






      Bab 01   52                                                                                    3/27/18   11:33 AM
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59