Page 48 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 48
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
(c) Arahan pada tahun 1639
BAB (i) Mengharamkan perdagangan asing dan menutup negara Jepun
dengan dunia luar.
1
1.4 Masyarakat Industri
Hasil Pembelajaran 1 Revolusi Perindustrian di England pada 1760 hingga 1850 mempunyai
banyak pengertian. Revolusi ini diertikan sebagai perubahan pesat
Menjelaskan definisi dan
ciri-ciri masyarakat industri. dalam kaedah pengeluaran barangan selain pertanian.
2 Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan daripada penggunaan
tangan kepada penggunaan mesin dan proses kimia. Dalam pengertian
lain, Revolusi Perindustrian melibatkan proses perubahan dalam industri
dan perubahan dalam bidang sosial dan intelektual.
3 Revolusi Perindustrian juga memperlihatkan perubahan dalam
penggunaan sumber tenaga. Penggunaan sumber tenaga daripada arang
batu dan kuasa wap kepada sumber tenaga baharu yang menggerakkan
mesin-mesin di kilang, iaitu kuasa angin dan air.
4 Perubahan juga berlaku daripada sumber ekonomi utama yang berasaskan
pertanian dan kerja tangan kepada ekonomi yang berasaskan mesin dan
pengeluaran kilang.
5 Zaman revolusi telah mencetuskan sistem ekonomi kapitalisme, iaitu
satu sistem ekonomi yang berasaskan pemilikan secara persendirian
terhadap harta benda atau alat-alat pengeluaran seperti kilang, tanah,
dan lombong yang dikategorikan sebagai modal. Malahan, keputusan
tentang penggunaan modal dan pengeluaran ditentukan oleh pemilik
modal sendiri. Penggunaan tenaga buruh juga berbayar.
Revolusi Perindustrian 6 Revolusi Perindustrian memperlihatkan perubahan yang berlaku di
merangkumi perubahan Britain dan negara lain daripada negara pertanian kepada negara
dalam teknik pengeluaran, perindustrian. Perubahan ini menyebabkan pertumbuhan kadar
skala pengeluaran yang
bertambah besar, dan aktiviti urbanisasi yang pesat dan pertumbuhan penduduk yang tinggi.
mengkomersialkan barangan 7 Seterusnya membawa kepada pengenalan kuasa jentera, sistem kilang
yang dihasilkan.
dengan pengeluaran yang berlipat ganda, pengumpulan modal yang
memesatkan pertumbuhan ekonomi, dan menambahkan bilangan kelas
pekerja serta kelas pertengahan.
8 Oleh yang demikian, masyarakat industri ialah masyarakat yang terlibat
dalam bidang perindustrian, pengeluaran secara besar-besaran, dan
perkhidmatan yang menggunakan mesin. Masyarakat industri juga
terdiri daripada pengusaha industri dan pekerja industri.
9 Bagi negara England dan Jerman yang mengalami Revolusi Perindustrian,
masyarakatnya memperlihatkan ciri-ciri revolusi berikut:
(a) Penggunaan sains moden yang meluas dalam proses pengeluaran
untuk pasaran.
(b) Pengkhususan dalam bidang ekonomi.
(c) Perpindahan penduduk dari kawasan pedalaman ke kawasan
bandar.
46
Bab 01 46 3/27/18 11:33 AM

