Page 58 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 58
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
(b) Semua kilang dan lombong di Britain mengambil pekerja wanita.
BAB (i) Antaranya kilang besi, kilang kulit, kawasan perlombongan,
1 dan pembinaan.
(ii) Dianggarkan pada tahun 1840-an, 6 000 pekerja wanita telah
bekerja di lombong-lombong.
(iii) Di Lancashire, utara England, lebih daripada 3/4 wanita yang
berkahwin bekerja di kilang tekstil.
(iv) Pada pertengahan abad ke-19, sebanyak 1.3 juta pekerja dan
40 peratus adalah pekerja wanita.
Foto 1.30 Buruh wanita di (v) Penindasan juga dilakukan terhadap pekerja wanita apabila
lombong mereka dibayar gaji yang lebih rendah berbanding pekerja
lelaki.
(c) Buruh kanak-kanak diambil bekerja di kilang dan lombong arang
batu dan bekerja selama empat belas jam sehari.
(i) Kanak-kanak bekerja dalam keadaan yang berbahaya dan gelap.
Mereka terpaksa menarik dan menolak kereta sorong di dalam
lombong arang batu.
(ii) Kanak-kanak yang bekerja dalam sektor perkilangan pula
menghadapi risiko kehilangan jari.
(iii) Pada awal tahun 1830-an, 1/3 buruh kanak-kanak yang
berumur kurang daripada 21 tahun telah diambil bekerja.
(d) Pekerja kilang terpaksa menghirup udara tercemar dalam kilang
dan dipaksa bekerja mengikut kelancaran mesin.
Foto 1.31 Buruh kanak-kanak (i) Jika ke tandas atau berehat, pekerja akan didenda.
(ii) Keadaan ini menyebabkan pekerja keletihan dan mengakibatkan
kemalangan dan kematian apabila pekerja terjatuh ke dalam
mesin.
(e) Tempat tinggal pekerja juga tidak disediakan dengan baik oleh
pengusaha kilang.
(i) Rumah pekerja hanya dibina sederet, tiada tandas, dan tiada
bekalan air tetapi dikenakan kadar sewa yang tinggi.
(ii) Keadaan tempat tinggal yang padat dan tidak menjaga
kebersihan menyebabkan pelbagai penyakit melanda seperti
taun dan batuk kering.
(iii) Oleh itu, masyarakat pekerja ini mengalami kadar kematian
yang tinggi dalam usia muda dan separuh dari bayi mati
sebelum menjangkau usia satu tahun.
(f) Tekanan yang dialami oleh para pekerja menyebabkan mereka
mengambil beberapa tindakan untuk menentang penindasan.
(i) Para pekerja yang menganggur telah meminta kerajaan
menyekat penggunaan mesin, namun ditolak oleh parlimen.
(ii) Pada tahun 1800, Akta Kombinasi telah dikuatkuasakan, iaitu
mengharamkan para pekerja menubuhkan kesatuan untuk
membela nasib mereka.
(g) Para pekerja yang tidak berpuas hati telah mengadakan rusuhan.
(i) Rusuhan yang terkenal ialah Luddite, yang telah dilakukan oleh
pekerja-pekerja mahir dari bahagian penenunan.
56
Bab 01 56 3/27/18 11:33 AM

