Page 59 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 59
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
(ii) Rusuhan ini dianggap berjaya kerana kerajaan telah
memansuhkan Akta Kombinasi 1800 dan membenarkan BAB
pekerja menubuhkan kesatuan sekerja. 1
(h) Pada tahun 1830, terdapat segolongan pekerja membuat tuntutan
masa bekerja dihadkan selama 10 jam sahaja.
(i) Seterusnya, pada tahun 1832, kerajaan telah menubuhkan
Suruhanjaya Diraja pengambilan buruh kanak-kanak di kilang
untuk meninjau keadaan kanak-kanak yang sedang bekerja.
Suruhanjaya Diraja ini telah mendedahkan segala kepincangan
dan keburukan yang berlaku di kilang.
(j) Laporan Suruhanjaya Diraja pengambilan buruh kanak-kanak di
kilang telah membawa kepada penggubalan Akta Kilang pada tahun
1833. Akta ini memperuntukkan: Namakan akta yang
(i) Masa bekerja bagi kanak-kanak dihadkan tidak lebih daripada diperkenalkan untuk menjamin
nasib pekerja.
9 jam.
(ii) Kanak-kanak di bawah umur 9 tahun dilarang bekerja dan
mesti bersekolah.
(iii) Para majikan mesti menjamin keselamatan pekerja kilang.
(k) Beberapa akta telah digubal untuk menjamin nasib pekerja kilang.
Akta tersebut ialah:
(i) Akta Lombong 1842 yang melarang kanak-kanak perempuan
dan wanita bekerja dalam perusahaan arang batu.
(ii) Akta Sepuluh Jam 1847 yang mengehadkan masa bekerja bagi
wanita dalam perusahaan tekstil ialah 10 jam.
11 Perubahan dalam pemikiran politik
(a) Perubahan dalam politik berlaku pada abad ke-18 di England.
(i) Politik tidak lagi terbatas kepada golongan elit atau keturunan
seseorang sebaliknya lebih dipengaruhi oleh bakat dan
keupayaan setiap individu.
(ii) Ini membawa penolakan kepada keistimewaan golongan
tertentu dalam masyarakat.
(iii) Sebaliknya, memberi peluang kepada setiap golongan
memainkan peranan mereka dalam menentukan dasar
pemerintahan.
(b) Kewujudan masyarakat yang terbahagi kepada dua kumpulan.
(i) Kumpulan kelas pertengahan yang terus menambah kekayaan
dan kekuasaan.
(ii) Kumpulan kedua, iaitu golongan proletariat yang tidak dijaga
gaji, makan, minum dan kebajikan mereka.
(iii) Keadaan tersebut mewujudkan golongan yang merasakan
bahawa golongan kaya telah mengeksploitasi golongan miskin
dengan menguasai sumber kekayaan negara.
(iv) Golongan ini mahu pihak kerajaan campur tangan dalam
perdagangan dan industri bagi melahirkan masyarakat yang
adil dalam ekonomi.
57
Bab 01 57 3/27/18 11:33 AM

