Page 11 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 11
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
24 Raja Charles I telah menangkap sembilan orang ahli parlimen selepas
persidangan tersebut dan membubarkan parlimen. Baginda mengambil BAB
keputusan menjalankan pemerintahan secara mutlak tanpa parlimen 1
selama sebelas tahun. Dalam tempoh ini, dasar pemerintahan Raja
Charles I ialah:
(a) Memperkenalkan pelbagai cukai, melaksanakan undang-undang Raja Charles I mengamalkan
pungutan cukai yang ketat, dan sesiapa yang menentang akan pemerintahan secara mutlak
didenda. sehingga mencetuskan perang
(b) Menggunakan mahkamah diraja secara meluas untuk tujuan saudara antara puak raja
(royalist) dengan pihak parlimen
tersebut. (roundheads).
(c) Undang-undang yang ada sebelum ini diketepikan dan hakim
mahkamah tidak mempunyai kebebasan menjalankan tugas.
(d) Mencampuri hal ehwal ekonomi terutama dalam soal perniagaan
dan perdagangan secara langsung.
(e) Menjual hak monopoli barang pengguna seperti sabun dan arak
dengan harga yang mahal. Ini menyebabkan harga melambung
tinggi kerana syarikat yang mendapat hak monopoli menjualnya
dengan harga yang mahal.
25 Keadaan tersebut mencetuskan perasaan tidak puas dalam kalangan
rakyat dan golongan peniaga. Kesemua tindakan yang diambil oleh Raja
Charles I telah memeranjatkan golongan bangsawan, pemilik tanah, dan
golongan borjouis sehingga mencetuskan perang saudara antara puak
raja (cavaliers / royalist) dengan puak parlimen (roundheads).
26 Perang saudara tersebut tercetus pada tahun 1642 hingga tahun 1649
untuk:
(a) Menentukan sama ada raja atau parlimen yang memerintah
England.
(b) Menentukan sama ada kepercayaan High Church Party atau Puritan
menjadi agama rasmi England.
27 Akhirnya, kemenangan memihak kepada puak parlimen (roundheads)
di bawah pimpinan Oliver Cromwell. Kesannya, Raja Charles I tidak lagi
berkuasa dalam parlimen dan dihukum pancung oleh Parlimen Rump.
28 Oliver Cromwell telah menubuhkan pemerintahan Komanwel dan
Protectorate di England. Namun, pemerintahan Oliver Cromwell bersifat
diktator, iaitu parlimen hanya akan bersidang jika membawa kepentingan
kepada beliau.
Foto 1.5 Oliver Cromwell
29 Apabila Oliver Cromwell meninggal dunia, putera Raja Charles I,
iaitu Raja Charles II menaiki takhta dan berjanji akan mematuhi dan
menghormati parlimen.
30 Raja Charles II kemudiannya memansuhkan Komanwel dan meluluskan
undang-undang mengikis fahaman Puritan dari England. Pada zaman
pemerintahannya, parlimen telah meluluskan undang-undang hak asasi
manusia, iaitu Habeas Corpus Act pada tahun 1679. Undang-undang ini
mensyaratkan:
(a) Sesiapa yang ditangkap mesti dibawa ke muka pengadilan.
(b) Menyatakan sebab penangkapan dan dipenjarakan. Foto 1.6 Raja Charles II
9
Bab 01 9 3/27/18 11:33 AM

