Page 60 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 60
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
(c) Hasilnya, lahirlah idea sosialisme pada tahun 1830-an.
BAB (i) Seorang pemikir sosialis awal, iaitu Claude Henri de Saint-
1 Simon (rakyat Perancis) telah menyeru agar kerajaan
memiliknegarakan semua kilang, merancang perkembangan
ekonomi, dan memajukan kebajikan rakyat.
(ii) Golongan sosialis telah mengecam tindakan majikan yang
terlalu mementingkan keuntungan tanpa menghiraukan
kebajikan para pekerja.
(d) Pemikir terkenal British, Robert Owen (1771 – 1858) pula percaya
Foto 1.32 Claude Hendri de bahawa sistem kapitalis harus bersifat kemanusiaan dan mencari
Saint-Simon keuntungan. Majikan perlu membayar upah yang tinggi kepada
para pekerja, menyediakan perumahan yang sempurna, pendidikan
untuk anak-anak pekerja, dan masa kerja dihadkan kepada 10 jam
sehari.
(e) Kelahiran idea-idea ini membawa perubahan dalam menjaga
kebajikan golongan pekerja dan pada masa yang sama membolehkan
majikan mengaut keuntungan.
1.4.2 Masyarakat Industri di Jerman
Faktor Perkembangan Ekonomi di Jerman
1 Selepas tahun 1870, dunia Eropah mengalami ledakan dalam kekayaan
Foto 1.33 Robert Owen kebendaan kesan kemunculan baharu dalam perindustrian, sumber
kuasa, dan pengeluaran. Gelombang Revolusi Perindustrian kali kedua
ini menyaksikan perubahan penggunaan sumber tenaga manusia kepada
penggunaan mesin.
2 Revolusi Perindustrian di Jerman berlaku pada tahap kedua di Eropah,
iaitu selepas Revolusi Perindustrian di England. Revolusi di Jerman
bermula pada tahun 1860-an hingga tahun 1914. Revolusi tersebut
meninggalkan kesan mendalam di Jerman yang merangkumi aspek
politik, ekonomi, dan sosial.
3 Revolusi Perindustrian di Jerman berkembang apabila kerajaan Jerman
memberi banyak bantuan modal dalam pembinaan kemudahan
infrustruktur. Antaranya:
(a) Pembinaan jalan raya, terusan, dan jalan kereta api.
(b) Perkhidmatan komunikasi seperti pejabat pos dan telegraf.
4 Kerajaan Jerman memperkenalkan beberapa undang-undang yang
memesatkan perkembangan ekonomi di Jerman pada abad ke-18.
Misalnya, pengenalan kadar tarif pada tahun 1879.
5 Pertambahan penduduk di Jerman membantu kepada perkembangan
perindustrian.
(a) Pertambahan penduduk membolehkan penawaran buruh yang
murah dalam sektor perkilangan.
(b) Pada abad ke-19, jumlah penduduk Jerman meningkat daripada 23
juta orang kepada 56 juta orang.
(c) Pertambahan penduduk Jerman ini memperlihatkan bahawa satu
pertiga daripada penduduknya merupakan kanak-kanak di bawah
umur 15 tahun.
58
Bab 01 58 3/27/18 11:33 AM

