Page 12 - PRE-U STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN TERM 1
P. 12

Pengajian Perniagaan Penggal 1  STPM  Bab 2 Pengeluaran
                                                 (iii)  Contohnya, dalam pengeluaran kereta, terdapat beberapa
                                                     stesen pemasangan komponen seperti enjin, tempat
                                                     duduk badan kereta, dan sebagainya. Setiap pengeluaran
                                                     bermula dengan satu aktiviti, misalnya pemasangan badan
                                                     kereta dan diikuti dengan proses lain sehinggalah kereta
                                                     siap dipasang.
                                                 (iv)  Susun  atur  ini  adalah  sesuai  untuk  pengeluaran  secara
                                                     besar-besaran/massa dan penghasilan produk yang
                                                     seragam, misalnya di kilang pemasangan kereta, barangan
                                                     elektronik, kasut, komputer, dan sebagainya.
          BAB                                (c)  Susun atur proses
                                                 (i)  Dalam susun atur ini, mesin dan peralatan tenaga kerja
        2    Apakah perbezaan antara
             susun atur proses dengan                dan bahan mentah disusun mengikut fungsi kerja.
             susun atur selular?                 (ii)  Susun atur ini adalah sesuai bagi pengeluaran produk
                                                     yang tidak seragam dalam kumpulan kecil. Pekerja dan
                                                     peralatan digunakan untuk aktiviti kerja yang sama untuk
                                                     menjimatkan kos. Susun atur ini boleh didapati di sekolah,
                                                     hospital, pasar raya, bank, dan bengkel kereta.
                                             (d)  Susun atur selular
                                                 (i)  Susun atur selular merupakan kombinasi susun atur
                                                     produk dan proses. Jenis ini mengumpulkan semua proses
                                                     yang diperlukan bagi satu set produk.
                                                 (ii)  Firma mengumpulkan mesin ke dalam unit kecil, setiap
                                                     satu mengandungi semua peralatan dan operasi yang
                                                     diperlukan untuk membantu menghasilkan produk
                                                     tertentu. Misalnya pekilang pakaian menetapkan 1 selular
                                                     untuk membuat poket bagi baju, seluar, kot. Walaupun
                                                     setiap saiz dan stail poket berbeza, semuanya melalui
                                                     langkah yang sama. Dalam selular ini, beberapa peralatan
                                                     disusun rapat untuk memotong dan menjahit poket.
                                                 (iii)  Susun atur jenis ini dapat menjimatkan masa dan dapat
                                                     mengawal dengan baik kerana seluruh proses dijalankan
                                                     dalam satu unit kecil.
                                                 (iv)  Susun atur ini menjimatkan ruang kerja serta
                                                     meningkatkan produktiviti dan kecekapan.



              Hasil Pembelajaran         2.2.4  Lokasi Kilang
              Menjelaskan objektif         1  Perancangan lokasi kilang merujuk kepada keputusan pemilihan
              pemilihan lokasi kilang        tapak lokasi yang sesuai dan tepat bagi menjalankan aktiviti
              dan faktor-faktor yang
              mempengaruhi pemilihan         pengeluaran.
              lokasi.
                                           2  Pemilihan lokasi kilang yang sesuai  adalah penting agar dapat
                                             meminimumkan kos pengeluaran dan memudahkan pengurusan
                                             logistik.
                                           3  Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira oleh pengurus
                                             sebelum memilih sesuatu lokasi kilang itu. Antaranya ialah:




             34




       02 PraU Pnigan P1.indd   34                                                                     4/4/18   11:38 AM
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17