Page 11 - PRE-U STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN TERM 1
P. 11

Pengajian Perniagaan Penggal 1  STPM  Bab 2 Pengeluaran
               Secara Berkelompok

                 1  Pengeluaran ini adalah dalam bentuk kelompok tertentu, iaitu
                   satu kelompok produk akan dihasilkan terlebih dahulu dan diikuti
                   dengan kelompok produk yang lain. Contohnya, dalam pengeluaran
                   makanan seperti roti dan kek serta percetakan buku.

                 2  Kuantiti output yang dihasilkan adalah sederhana dan mengikut
                   kehendak pelanggan.

                 3  Kuantiti output adalah banyak, menghasilkan produk seragam
                   secara berjadual, berulangan, dan berterusan.
                                                                                                              BAB
               2.2.3  Susun Atur Proses Pengeluaran                                                          2

                 1  Susun atur kilang merujuk kepada cara penyusunan mesin, jabatan   Hasil Pembelajaran
                   dan stesen kerja untuk memastikan pengaliran kerja atau bahan
                   yang efisien dan licin serta penggunaan ruang dengan baik.       Menjelaskan objektif susun
                                                                                    atur dan jenis-jenis susun
                 2  Objektif susun atur kilang adalah:                              atur secara tetap, proses,
                                                                                    produk, dan selular.
                   (a)  Mengurangkan kos pengendalian bahan dan kos sewaan ruang.
                   (b)  Menggunakan ruang kilang secara berkesan.
                   (c)  Menggunakan tenaga buruh secara berkesan.
                   (d)  Menghapuskan kesesakan (bottleneck) dalam proses
                       pengeluaran.
                   (e)  Membolehkan fleksibiliti terhadap keadaan yang sentiasa    Jenis susun atur kilang:
                       berubah.                                                    •  Susun atur tetap
                                                                                   •  Susun atur produk
                 3  Terdapat empat jenis susun atur kilang, iaitu susun atur tetap, susun   •  Susun atur proses
                   atur produk, susun atur proses, dan susun atur selular.         •  Susun atur selular
                   (a)  Susun atur tetap
                       (i)  Dalam susun atur ini, kedudukan produk ditetapkan.
                           Input seperti buruh, bahan mentah, mesin, dan peralatan
                           akan dibawa ke lokasi produk.
                       (ii)  Proses pengeluaran kekal di satu lokasi sehingga
                           produk tersebut siap. Susun atur ini adalah sesuai untuk
                           pengeluaran produk yang bersaiz besar, berat, dan mudah
                           pecah. Misalnya, pembinaan jambatan, lapangan terbang,
                           dan rumah.
                   (b)  Susun atur produk
                       (i)  Dalam susun atur ini, semua input pengeluaran seperti     Petua Pemeriksa
                           tenaga kerja, mesin, bahan mentah, dan peralatan disusun   Calon harus membezakan
                           khusus mengikut urutan penghasilan sesuatu produk.       setiap jenis susun atur kilang.
                       (ii)  Susun atur ini melibatkan penyusunan stesen-stesen
                           kerja dalam satu barisan seperti barisan pemasangan di
                           kilang pengeluaran. Mesin dan peralatan disusun dalam
                           satu barisan untuk memasang produk dan pekerja akan
                           mengkhusus dalam sesuatu tugasan tersebut.




                                                                                                       33




       02 PraU Pnigan P1.indd   33                                                                     4/4/18   11:38 AM
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16