Page 26 - Ranger Revisi Cepat 2022 - Sejarah
P. 26

Sejarah  SPM  Bab 3  Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita

           Kerjasama MPAJA dan Force I36
             1.  Pada Disember 1943, MPAJA dan Force 136 menjalin kerjasama
               menentang tentera Jepun.
             2.  Melalui kerjasama ini, MPAJA menerima bantuan senjata, ubat-ubatan,
               kewangan dan latihan ketenteraan daripada tentera British.

           Kerjasama MPAJA dan Parti Kuomintang
             1.  Gerila Cina yang dikuasai nasionalis daripada Parti Kuomintang (KMT)
               seperti Lim Bo Seng menentang tentera Jepun di utara Tanah
               Melayu terutamanya di Hulu Perak dan Kelantan.
             2.  Gerila  KMT  menubuhkan  Overseas  Chinese  Anti-Japanese  Army  (OCAJA)  yang
               dikenali sebagai Tentera Bintang Satu.
             3.  Gerila KMT bersetuju bekerjasama dengan MPAJA atau PKM menentang  tentera
     4
               Jepun.
           Force 136
             1.  Pada tahun 1943, British menubuhkan South East
               Asia Command (SEAC) berpusat di Colombo, Sri
               Lanka  dan  membentuk  unit  khas  yang dikenali
               sebagai Force 136.
             2.  Anggota  Force  136  mendapat  latihan  di  India
               dan Sri Lanka.
             3.  Mereka dihantar ke Tanah Melayu melalui kapal
               selam atau diturunkan melalui payung terjun dari
               kapal terbang untuk mendapatkan sokongan orang Melayu dan menubuhkan pasukan
               gerila anti-Jepun.
             4.  Anggota terawal Force 136 Tanah Melayu seperti Mejar Tengku
               Mahmood Mahyiddeen, Leftenan Tunku Yusuf Tunku Yaakub, Kapten
               Ibrahim Ismail dan Leftenan Tengku Osman Tengku Mohd Jiwa.


                              Force 136 Ulu      Ditubuhkan  dengan  bantuan  Pegawai  Daerah
             Disember 1944    Perak-Askar        Gerik,  Kapten  Mohd  Salleh  Hj.  Sulaiman.
                              Melayu Setia       Berjaya mendarat di Hulu Perak.


                              Force 136          Ditubuhkan dengan bantuan Penolong Pegawai
              Januari 1945    Pahang-Wataniah    Daerah Raub Yeop Mahidin. Berjaya mendarat
                              Pahang             di Raub, Pahang.


                              Force 136 Kedah-   Dibentuk  dengan  bantuan  Pegawai  Daerah
             Februari 1945    Gerila Melayu      Kedah  dan  Tunku  Abdul  Rahman.  Berjaya
                              Kedah              mendarat di Kampung Kuala Janing, Kedah.




                                                52




    03 RANGER SEJ TG4 2P.indd   52                                                     02/07/2021   4:18 PM
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31