Page 27 - Ranger Revisi Cepat 2022 - Sejarah
P. 27
Sejarah SPM Bab 3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita
5. Pemimpin terkenal Force 136:
(a) Tengku Mahmood Mahyiddeen
(i) Pemimpin pasukan Melayu Force 136.
(ii) Menerima jolokan “Harimau Malaya” kerana mengelolakan siaran
radio dari India yang dinamakan Suara Harimau Malaya.
(iii) Menyeru orang Melayu menentang tentera Jepun dan tali
barutnya.
(b) Yeop Mahidin Mohamed Shariff
(i) Pemimpin Wataniah Pahang. 4
(ii) Memohon perkenan Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar sebagai
Pemerintah Kehormat.
(iii) Mengetuai operasi sekitar Kuala Lipis, Raub sehingga bahagian
tengah Temerloh.
6. Tindakan Force 136 dan gerila Melayu dalam menentang tentera Jepun:
(a) Melakukan sabotaj.
(b) Mengumpulkan maklumat.
(c) Menyebarkan propaganda.
(d) Membantu British dalam Operasi Zipper (serangan besar-besaran menawan
semula Tanah Melayu pada 1945).
Penentangan Individu
1. Sybil Kathigasu
(a) Sybil Medan Daly lebih dikenali sebagai Sybil Kathigasu merupakan jururawat
yang berani dan cekal dalam membantu mangsa perang dan gerila anti-Jepun
di Perak.
(b) Sybil dan suaminya Dr. Abdon Clement Kathigasu
mengendalikan klinik di Ipoh sejak sebelum perang
sehinggalah kedatangan Jepun.
(c) Semasa pendudukan Jepun, pasangan ini memberikan
bantuan ubat-ubatan dan perkhidmatan perubatan
kepada gerila anti-Jepun.
(d) Sybil menyembunyikan radio secara rahsia dan
berkongsi maklumat yang diperolehi daripada siaran
radio British kepada gerila anti-Jepun.
(e) Sybil dan suaminya ditangkap oleh tentera Jepun
apabila kegiatan mereka terbongkar.
(f) Semasa berada di dalam tahanan, tentera Jepun melakukan seksaan sehingga
kematian suaminya.
(g) Selepas tentera Jepun menyerah kalah, Sybil dibebaskan dan diterbangkan
ke Britain untuk menerima rawatan perubatan.
(h) Sybil Kathigasu dianugerahkan Pingat King George di Istana Buckingham
oleh Raja George VI kerana keberaniannya semasa pendudukan Jepun dan
merupakan wanita tunggal dari Tanah Melayu yang menerima anugerah
tersebut.
53
03 RANGER SEJ TG4 2P.indd 53 02/07/2021 4:18 PM

