Page 41 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 41
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Tugasan Berpandu 5
Kenal pasti jenis-jenis ayat yang berikut. Nyatakan sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan,
dan ayat perintah.
(i) Lelaki yang berbaju biru itu abang awak?
Ayat tanya
(ii) Pelbagai masakan yang enak dijual di warung Puan Hasnah.
Ayat penyata
(iii) Tahniah, kamu telah berjaya menjadi juara pertandingan bercerita pada peringkat negeri!
Ayat seru
(iv) Murid-murid dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah bagi mengelakkan kejadian yang
tidak diingini.
Ayat perintah
(v) Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dapat melahirkan murid yang kreatif dan bijak dalam
menyelesaikan masalah.
Ayat penyata
(vi) Siapakah yang akan dilantik untuk menjadi ketua dalam kumpulan ini?
Ayat tanya
[6 markah]
C Penyuntingan
Panduan Menjawab Soalan
1. Baca arahan soalan dengan teliti.
2. Seterusnya, baca setiap ayat dengan teliti untuk mengenal pasti kesalahan bahasa sama
ada dari aspek perbendaharaan kata, golongan kata, pengimbuhan, pemajmukan, dan
penggandaan. Kemudian, garisi kesalahan itu.
3. Setelah itu, kenal pasti kesalahan tatabahasa sama ada dari aspek frasa atau struktur ayat
dan garisi kesalahan tersebut.
4. Tulis kesalahan itu dan pembetulannya pada kertas jawapan.
Tugasan Berpandu 1
Dalam petikan 1 terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan
tersebut.
Petikan 1
Makanan yang tamat tempuh tidak selamat untuk dimakan kerana mempunyai bakteria mem-
bahaya yang dapat memberikan kesan buruk kepada kesihatan. Makanan ini boleh dikenalpasti
melalui tarikh luput yang tertera pada bungkusan, botol, atau tin makanan tersebut. Selain daripada
itu, cara lain untuk memastikan makanan tersebut telah luput tarikhnya adalah dengan mengguna
deria lihat, rasa, dan bau. Kebiasaannya, makanan ini akan berkulat, berbau, dan masam. Makanan
yang rosak mempunyai tekstur, warna, dan bau yang terbeza.
61 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

