Page 42 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 42
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Petikan 2
Azam : Selamat pagi, Tuan Inspektor.
Inspektor : Selamat pagi.
Azam : Pada pendapat tuan, mengapakah gejala buli dan gengsterisme ini berlaku di dalam
kalangan remaja kini?
Inspektor : Gejala ini berleluasa disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya dan media massa yang
menayangkan pelbagai filem-filem yang bercorak pengganasan. Selain itu, tabiat buruk
ini juga disebabkan oleh penagihan dadah dan kurang kasih sayang daripada ibubapa.
Azam : Apakah langkah-langkah yang patut dilakukan bagi menangani tabiat buruk ini?
Inspektor : Kesedaran tentang keburukan tabiat ini perlu diterapkan dalam diri remaja melalui pen-
didikan sivik. Di samping itu, pengawasan dari keluarga dan tindakan seperti denda
dan penjara kepada mereka yang terlibat oleh pihak berkuasa harus dilaksanakan.
Petikan 1
(i) tempuh - tempoh
(ii) membahaya - berbahaya
(iii) dikenalpasti - dikenal pasti
(iv) Selain daripada itu - Selain itu
(v) mengguna - menggunakan
(vi) terbeza - berbeza
[6 markah]
Petikan 2
(i) di dalam - dalam
(ii) pelbagai filem-filem - pelbagai filem / filem-filem
(iii) pengganasan - keganasan
(iv) ibubapa - ibu bapa
(v) dari - daripada
[5 markah]
Tugasan Berpandu 2
Petikan di bawah ini mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga belas kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda juga
tidak perlu menyalin petikan tersebut.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 62

