Page 54 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 54
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 4 Pemahaman
(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan faktor-faktor persamaan dan perbezaan yang
menyebabkan buli siber dan penyebaran berita palsu melalui Internet. [3 markah]
Faktor-faktor persamaan yang menyebabkan berlakunya buli siber dan penyebaran berita palsu
dalam Bahan 1 dan Bahan 2 ialah niat seseorang yang ingin menjatuhkan maruah orang lain
serta sebagai ugutan atau tebusan untuk mendapatkan wang. Selain itu, kemudahan jaringan
Internet memudahkan pengguna menyebarkan berita. Perbezaan antara kedua-dua bahan
di atas ialah buli siber berlaku secara bertubi-tubi atau berterusan sehingga mangsa mengalami
tekanan, sebaliknya penyebaran berita palsu akan berterusan selagi ada orang lain yang
menyebarkannya.
(iii) Buli siber dan penyebaran berita palsu di Internet banyak memberikan kesan buruk kepada
individu, masyarakat, dan negara.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh seseorang individu bagi
membendung kedua-dua jenayah ini? [3 markah]
Pada pendapat saya, langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh seseorang bagi membendung
jenayah buli siber dan penyebaran berita palsu ialah sentiasa berwaspada semasa
menggunakan media sosial di Internet. Selain itu, individu juga tidak boleh menyebar dan
mendedahkan maklumat peribadi seperti gambar, alamat, dan kenalan di Internet
Penguatkuasaan undang-undang dan tindakan tegas terhadap pesalah perlu dilaksanakan
supaya dapat mengekang masalah ini.
(iv) Kumpulan anda ditugaskan untuk menyiapkan satu teks ceramah tentang jenayah buli siber.
Cadangkan langkah-langkah untuk melaksanakan tugasan tersebut. [4 markah]
Berikut ialah langkah-langkah yang dibincangkan sesama ahli kumpulan untuk menyiapkan
ceramah tentang jenayah siber. Antaranya ialah melantik seorang rakan yang petah bercakap untuk
menyampaikan ceramah. Selain itu, rakan lain akan mengumpulkan isi dan menyiapkan teks
ceramah. Seorang pengacara majlis dilantik untuk mengendalikan majlis pada hari itu.
Seterusnya, persediaan tempat dan para jemputan juga akan diuruskan oleh ahli kumpulan ini.
95 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

