Page 49 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 49
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
(iii) Menyembuhi – menyembuhkan
(iv) selsema – selesema
(v) kolestrol – kolesterol
(vi) Anti oksida – Antioksida
(vii) dari – daripada
(viii) ultra lembayung – ultralembayung
(ix) mata hari – matahari
(x) Oleh sebab itu – Oleh itu
(xi) perihatin – prihatin
(xii) dengan – terhadap
(xii) di dalam – dalam
[6 markah]
4. Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Tatkala itu Kertala Sari sudah datang dari Daha, terlalu banyak beroleh harta daripada emas
dan perak dan pakaian dan pitis berpuluh-puluh juta dan orang banyak dicurinya. Setelah Ker-
tala Sari datang ke rumahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya, “Hai ibuku, ke mana pergi
bapaku maka tiada aku lihat ini?”
Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun menangis,
seraya berkata, “Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu bernama
Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.”
(Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan, Antologi Jaket Kulit Kijang dari
Istanbul,Kementerian Pendidikan Malaysia)
Waktu itu Kertala Sari baru pulang dari Daha, banyak harta yang diperolehnya seperti emas, perak,
pakaian, dan wang berpuluh-puluh juta hasil mencuri daripada orang ramai. Setelah Kertala Sari tiba
di rumahnya, lalu dia bertanya kepada ibunya, “Wahai ibuku, dimanakah ayah kerana saya tidak
melihat kelibatnya?”.
Setelah mendengar pertanyaan anaknya, lalu ibu menangis dan berkata, “Wahai anakku,
ayahmu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu yang digelar Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.”.
[6 markah]
75 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

