Page 51 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 51
BAB 1 4 Pemahaman
Informasi tentang soalan Pemahaman
berdasarkan format SPM terkini
Panduan Umum
1. Bahagian B dibahagikan kepada tiga soalan, iaitu Soalan 6 (Petikan Umum), Soalan 7 (Petikan
Sastera) dan Soalan 8 (Novel)
2. Soalan pemahaman umum dan soalan pemahaman sastera memperuntukkan markah
sebanyak 25 markah, manakala soalan novel sebanyak 10 markah.
3. Masa untuk menjawab soalan Bahagian B yang dicadangkan adalah 60 minit.
Panduan Menjawab Bahagian Petikan Umum
1. Soalan petikan umum dipetik daripada bahan-bahan bacaan umum. Calon akan diberikan
dua atau tiga bahan sumber.
2. Petikan umum diambil daripada majalah, buku, Internet, ensiklopedia, surat khabar, dan
sebagainya.
3. Petikan soalan yang diberikan mesti mengikut tema yang terdapat dalam DSKP.
4. Bahan-bahan boleh terdiri daripada pelbagai bentuk seperti rencana, berita, laporan,
wawancara, laporan, dan sebagainya.
5. Pecahan soalan tidak ditetapkan. Pecahan soalan boleh terdiri daripada tiga atau empat
soalan,
6. Cadangan pecahan soalan adalah seperti yang berikut:
(i) Maksud rangkai kata secara literal.
(ii) Pemindahan maklumat, iaitu banding beza semua bahan yang diberikan.
(iii) Pemikiran kritis / KBAT
(iv) Penyelesaian masalah / KBAT
7. Calon dikehendaki untuk membaca semua bahan yang diberikan dan menjawab semua
soalan.
8. Jumlah isi setiap soalan tertakluk pada pecahan markah yang diberikan.
Panduan Menjawab Bahagian Petikan Sastera
1. Petikan mesti berasaskan unsur sastera atau karya kreatif.
2. Petikan diambil daripada antologi yang dipelajari murid sama ada di tingkatan empat atau
tingkatan lima atau dipetik daripada sumber-sumber yang lain.
3. Setiap soalan akan disertakan dua atau tiga petikan.
4. Bahan mestilah pelbagai, iaitu terdiri daripada cerpen, puisi tradisional dan puisi moden,
prosa tradisional, dan drama.
5. Semua bahan mestilah berdasarkan tema yang sama mengikut DSKP.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 92

